- VIRAL

Tular Rakaman Lelaki Jahanamkan Motorsikal ‘Awek’ Dia Depan Polis. Puncanya Buat Ramai Tergelak

Kita mungkin selalu melihat video berkenaan kemarahan pengguna jalan raya sebelum ini. Namun video yang ingin dikongsikan ini sangat menarik perhatian dan betul-betul lain dari yang lain hingga menjadi tular di media sosial.

Pengguna Media sosial dari negara seberang, Indonesia dikejutkan dengan satu kejadian yang berlaku pada 7 Feb apabila rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki muda yang ‘mengamuk’ di tepi jalan gara-gara dia menerima saman daripada seorang pegawai polis.

Menurut Kompas, lelaki yang berpakaian kemeja putih dikenal pasti sebagai Adi Saputra dan kejadian itu dilaporkan berlaku di Serpong, Tangerang Selatan sekitar jam 6.30 pagi.

Kena tahan polis pada mulanya…

Dia menaiki motosikal dengan seorang gadis yang dipercayai teman wanitanya apabila pegawai polis, yang dikenali sebagai Oky, memberhentikannya atas beberapa kesalahan lalu lintas.

Dalam video yang berdurasi 56 saat itu, Adi dilihat begitu berang apabila mengangkat dan menghempas motosikalnya atas jalan yang hampir terkena teman wanitanya.

Adi yang tidak mempedulikan teman wanitanya yang dilihat terjatuh, ‘membantai’ motorsikalnya sendiri dan mencabut aksesori  motorsikal tersebut untuk beberapa ketika.

Teman wanitanya dilihat cuba merayu sambil menangis memohon agar dia berhenti namun tidak diendahkan. Adi dilihat terus mengamuk dengan merosakkan motorsikal itu sambil diperhatikan pengguna jalan raya lain termasuk polis.

Tak puas pakai tangan, pakai batu pulak…

Seakan ianya tidak mencukupi, dia kemudian mengambil batu besar dan menghentam motosikalnya beberapa kali menggunakan batu tersebut sementara pegawai polis dengan tenang berdiri di sebelahnya dan menyaksikan Adi ketika dia terus menulis saman itu.

Menurut sumber yang melaporkan bahawa pegawai polis cuba menahan Adi apabila melihatnya tanpa topi keledar dan menentang aliran lalu lintas.

Kemudian, apabila pegawai itu meminta menunjukkan lesen, ternyata Adi tidak mempunyai lesen memandu, pendaftaran kenderaan dan lupa membawa kad pengenalan sendiri, kata Ketua Unit Lalu Lintas Polis Tangerang Selatan, Lalu Hedwin.

Motosikal yang dimusnahkan itu telah dirampas oleh polis dan diambil sebagai bukti.

Sementara maklumat baru muncul berkaitan kes itu, menurut Okezone, apabila melaporkan bahawa dia ditangkap dalam kes video membakar pendaftaran kenderaan motosikal.

Motorsikal ‘awek’ dia rupanya..

Tidak habis di situ, Adi kini menghadapi tuduhan jenayah serta denda lebih berat kerana banyak kesalahan lalu lintas, dan paling utama motorsikal yang dihancurkannya itu bukan miliknya, tetapi teman wanitanya!

Adi telah didakwa kerana melanggar undang-undang di mana dia telah melakukan perbuatan jenayah ke atas barang yang bukan miliknya di bawah Perkara 480 Kanun Jenayah, Ketua Polis South Tangerang, Ferdy Irawan.

Jika sabit kesalahan, Adi boleh dihukum penjara maksimum empat tahun. Dia juga perlu menjalani ujian air kencing untuk menentukan sama ada dia berada di bawah pengaruh alkoh0l atau apa-apa penyalahgunaan dadah.

Lihat video di bawah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Kredit : worldofbuzz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *