“Ada Orang Kata Saya Tumpang Senang Orang Dan Berpura Pura Baik ” Luahan Datin Shahida Buat Netizen Terharu

Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid memilih untuk tidak mengulas lanjut berkenaan dakwaan dirinya sudah memfailkan percer4ian di mahkamah.

Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri itu berkata, dia memohon maaf kerana ingin mengunci mulut daripada memperkatakan tentang spekulasi terbabit.

“Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya,” responnya kepada portal Harian Metro.

Diajukan soalan sama ada semua anak-anak berada dengannya sekarang, Shahida menjawab ringkas ‘ya’ dalam kiriman aplikasi Whatsapp.

Dalam pada itu, Aliff juga enggan bersuara membabitkan status rumah tangganya yang dikatakan bergolak.
“No komen”, katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, warganet mempersoalkan pasangan suami isteri itu yang dilihat saling tidak lagi mengikuti laman Instagram masing-masing.

Dakwaan isu perkahwinan mereka seolah dikuatkan lagi menerusi penceritaan lagu terbaharu Alif berjudul Cuba Bahagia.

Aliff bagaimanapun sebelum ini enggan mengulas lanjut, sebaliknya memberitahu hubungan dia dan isterinya tidak mempunyai masalah seperti yang digembar-gemburkan segelintir pihak.

Beliau sejak kebelakangan ini terpalit dengan beberapa kontroversi hingga dihent4m ramai termasuk ahli keluarganya sendiri.

Imbas kembali, Aliff dan Shahida yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2007, dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah, termasuk seorang anak angkat.

Status yang dikongsi di instagram Datin Shahida

Ada orang cakap saya pura2 tunjuk baik sedangkan perangai saya buruk….ada juga orang kata saya ni menumpang senang orang,ada orang kata saya tak sedar diri dan tak bersyukur..

apapun orang kata saya x perlu nak pertahankan diri saya sebab saya yakin Allah selalu ada…….cukuplah Allah sebaik baik penolong,penjaga dan pelindung…..

 

 

Komen Netizen

 

Sumber : hmetro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*