- semasa

Tunang Fatin Gagal Tahan Sebak, Dedah Ada ‘Sesuatu’ Ar wah Minta Tapi Tidak Sempat Ditunaikan

Tunang kepada Allahyarham Fatin Arina Mohd Asri, mangsa kema langan ma ut membabitkan tiga beradik semalam gagal menahan sebak sepanjang pengebum1an dijalankan tengah hari tadi.

Wan Mohd Fauzul Azam Wan Mohd Rais, 24, yang duduk di pondok di tepi kub0r dilihat kerap mengesat air matanya sambil ditenangkan ahli keluarga.

Dia yang bekerja sebagai operator kren di sebuah syarikat pembinaan di Kuala Lumpur, berkata kali terakhir dia berhubung dengan Fatin Arina, 24, sejam sebelum naha$ berlaku.

“ Fatin memberitahu dia dalam perjalanan menjemput ibu saudaranya untuk ke hospital.

“ Dalam perbualan semalam juga dia banyak bergurau dan turut memberitahu ingin makan durian Musang King kerana tidak pernah merasanya dan saya terkilan kerana tidak sempat membelikannya,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkub0ran Islam Mukim Bukit Gading, di sini, hari ini.

Mereka bertunang setahun lalu dan akan melangsungkan perkahwinan pada 8 Jun nanti.

Wan Mohd Fauzul berkata, persiapan untuk perkahwinan termasuk barang hantaran sudah lengkap disediakan.

“ Barang hantaran yang disediakan untuk arwah, saya akan serahkan kepada keluarga arwah dan mungkin boleh digunakan untuk sesiapa dalam kalangan ahli keluarganya nanti.

“ Barang (hantaran) saya mungkin akan disimpan rapi kerana saya tidak sanggup untuk melihat, bimbang hati akan sedih kerana sering mengingatkan arwah,” katanya yang bergegas pulang ke Tanah Merah dari Kuala Lumpur sebaik menerima panggilan jam 2 petang semalam.

Terdahulu, jena zah Fatin Arina selamat dikebumikan bersama dua adiknya, Haifa Amira, 22 dan Anis Suraya, 10, dalam satu liang pada jam 12 tengah hari, hari ini.

Suasana pilu menyelubungi sepanjang proses pengebum1an dengan kehadiran kira-kira 200 saudara mara serta penduduk kampung yang mengiringi jena zah selepas disembahyangkan di Masjid Mukim Bukit Gading.

Turut hadir, Ketua Polis daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad.

Ketiga-tiga mangsa terbun0h dalam kema langan itu selepas kenderaan mereka naiki bertembung dengan kereta dari arah bertentangan.

Tiga beradik itu dikatakan dalam perjalanan ke Pasir Mas untuk menjemput ibu saudaranya yang tinggal di sana sebelum ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk mengambil ubat.

Wan Mohd Fauzul gagal menahan sebak ketika ditemui di Tanah Perkub0ran Islam Mukim Bukit Gading, di sini, hari ini. – Foto Zaman Huri Isa

Ibu Sempat Mengajar Mengucap Dua Kalimah Syahadah 

Terdahulu, ibu kepada ar wah sempat datang ke tempat kejadian selepas dihubungi tentang kema langan yang melibatkan anaknya itu. Dia yang bergegas datang sempat mengajar salah seorang anaknya mengucap dua kalimah syahadah.

“ Sebaik tiba di lokasi kema langan, saya terduduk melihat dua anak perempuan sedang terbaring di atas jalan raya dalam keadaan ditutup dengan kain batik,” ujar, Mohd Asri Zakaria, 52, bapa kepada tiga mangsa kema langan ma ut di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas, Kelantan.

Menurutnya, seorang kenalan memaklumkan kejadian menimpa tiga anaknya kira-kira 1.10 petang tadi, ketika dia berada di kedai runcit miliknya.

Katanya, rakannya itu hanya memberitahu nombor plat dan model kereta dinaiki ketiga-tiga anaknya yang terbabit dalam kema langan tanpa memaklumkan keadaan anaknya itu.

“ Rakan hanya mengarahkan saya supaya datang segera ke lokasi. Naluri saya dapat mengagak bahawa ia bukan kema langan kecil.

“ Sebaik tiba, hati saya sangat luluh apabila melihat ketiga-tiganya terbaring dengan keadaan ditutup dengan kain batik.

“ Ketika di tempat kejadian, saya diberitahu bahawa salah seorang anak, Haifa Amira, 22, masih dalam keadaan na zak dan sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah,” katanya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber : bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *