Home Petua Tips Isu Pendatang Asing,NGO Jangan ‘Sedap Cakap’ Saran Sama2 Turun Padang

Isu Pendatang Asing,NGO Jangan ‘Sedap Cakap’ Saran Sama2 Turun Padang

221
0

KUALA LUMPUR, 22 Jun — Pihak badan bukan kerajaan (NGO) disaran turun padang untuk melihat sendiri implikasi negatif pencerobohan pendatang tanpa izin terutamanya dalam aspek kedaulatan negara, dan bukan sekadar lantang memperjuangkan hak pendatang tanpa izin serta kemanusiaan di media sosial.

Sekadar bergebang memang senang. Apatah lagi menunding jari kea rah agensi penguatkuasa untuk mengangkat sesuatu isu sedangkan usaha berterusan yang dilakukan oleh pihak penguatkuasa dan agensi berkaitan tidak pernah mengenal erti jerih.

Di Malaysia memang terdapat banyak pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pelbagai perkara.

Komander Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF), Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah berkata ia pastinya akan membuka mata masyarakat dalam memberikan gambaran sebenar impak negatif kemasukan pendatang tanpa izin terhadap negara kerana pihak NGO mempunyai khalayak penyokong yang ramai dan berpengaruh.

Beliau berkata NGO perlu merujuk kepada sumber sahih sebelum membuat sebarang kenyataan dan tidak menularkan berita tidak tepat kerana ia mengundang persepsi negatif terhadap kredibiliti pasukan keselamatan negara.

Ada benarnya apabila Komander Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF), Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah menyarankan kepada pihak NGO, turun padang untuk melihat sendiri implikasi negatif yang dibawa oleh pencerobohan secara haram PATI.

Rasional Aris Adi  menyarankan demikian, ia pasti akan membuka mata masyarakat dalam memberikan gambaran sebenar, impak negatif kemasukan pendatang tanpa izin ke atas negara kita kerana pihak NGO mempunyai khalayak penyokong yang ramai dan berpengaruh.

Beliau berkata kepada BERNAMA, NGO perlu merujuk kepada sumber sahih sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Selain itu, sebagai entiti (NGO) yang didengari di persada antarabangsa, mereka diseru meraih perhatian komuniti antarabangsa terutamanya negara jiran agar bekerjasama dalam menangani masalah pendatang tanpa izin secara bersepadu,” katanya baru-baru ini.

Aris berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan segelintir NGO yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka di media sosial berhubung kaedah dan langkah kerajaan dalam mengendalikan pendatang tanpa izin.

“Selain itu, sebagai entiti (NGO) yang didengari di persada antarabangsa, pihak NGO diseru meraih perhatian komuniti antarabangsa terutamanya negara jiran agar bekerjasama menangani masalah pendatang tanpa izin secara bersepadu,” katanya kepada Bernama dalam wawancara khas di ibu pejabat NTF, di sini, baru-baru ini.

Aris berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan segelintir NGO yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka di media sosial berhubung kaedah dan langkah kerajaan dalam mengendalikan pendatang tanpa izin.

“NGO perlu mengetahui bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi penguatkuasa yang lain ditugaskan untuk menjaga keselamatan negara dan perlu memberi pelindungan kepada rakyat daripada segala bahaya termasuklah wabak Covid-19.

“Sebenarnya objektif NTF dan NGO adalah sama dan ia bukan persaingan siapa suara lebih lantang, kita boleh bekerjasama cuma keutamaan berbeza yang beruniform ada misi mereka manakala NGO mempunyai penyokong serta mempunyai fungsi tersendiri,” katanya.

Aris berkata NTF tidak sewenang-wenangnya mengusir pendatang tanpa izin memandangkan golongan ini mempunyai pelbagai taktik bagi memastikan diri mereka tidak dihantar pulang sekiranya ditahan.

“Saya ingin mengambil contoh kes pen4ngkapan Rohingya di perairan Langkawi baru-baru ini, bot yang membawa 269 pendatang tanpa izin bersama m4yat seorang wanita itu didapati sengaja dirosakkan menyebabkan NTF menerusi keputusan Majlis Keselamatan Negara tidak meneruskan pengusiran,” katanya.

GAMBAR SIAKAP KELI/APMM JUMPA MAYAT WANITA DALAM BOT PATI ROHINGYA YANG DITAHAN CUBA CER0BOH PERAIRAN LANGKAWI

Beliau berkata disebabkan itu, Malaysia terpaksa menanggung beban untuk melakukan ujian saringan Covid-19 dan menyediakan tempat tahanan sementara untuk mereka di Kem Bina Negara Wawasan Langkawi.

“Sebelum ketibaan pendatang tanpa izin ini di perairan negara mereka perlu melalui beberapa negara tetapi mengapa NGO-NGO ini tidak menyalahkan negara serantau kerana tidak mengambil tindakan awal seperti menyekat bot-bot asing ini?

Setelah tindakan pengusiran dibuat oleh kerajaan, NGO-NGO berkenaan lantang bersuara mengenai kemanusiaan dan menidakkan kepentingan rakyat Malaysia sendiri,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial terdapat beberapa NGO dilihat mempersoal dan menyalahkan kaedah dan langkah pihak kerajaan dalam menguruskan pencerobohan pendatang tanpa izin.

Sumber :  Suara Merdeka  &  Bernama

Previous article‘Dah La Pintas Depan , Keluar Kereta Nak M4rah Pula’ Tular Pemuda Ajak M4ngsa Keluar Kereta
Next article‘Kes Pandu Lawan Arus’ Model dipenj4ra pandu sebabkan kem4tian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here