Home Petua Tips Kerajaan Telah Umumkan Bantuan Kewangan Secara One Off Melalui Gkp.Terkini Semakan Status...

Kerajaan Telah Umumkan Bantuan Kewangan Secara One Off Melalui Gkp.Terkini Semakan Status Gkp Tambahan Mulai Hari Ini.

145
0

Pemilik syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro boleh mula membuat permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) secara atas talian.

Bagi yang tidak mengetahui apakah itu Geran Khas Prihatin, ia merupakan bantuan yang diberikan kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat kepada kumpulan PKS mikro yang terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung virus Covid-19 ini dari terus menular.

SEMAKAN STATUS BAYARAN GKP TAMBAHAN KEPADA PKS MIKRO MULAI 24 MAC 2021. Di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada PKS mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari 2021 serta RM500 kepada PKS mikro di negeri bukan PKP. GKP Tambahan ini bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak COVID-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan PKS mikro.â €

 

 

 

SEMAKAN STATUS GKP TAMBAHAN BERMULA 24 MAC, BAYARAN MULAI 25 MAC

Sukacita dimaklumkan bahawa semua PKS mikro yang telah diluluskan di bawah GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini akan menerima bayaran GKP Tambahan mulai 25 Mac 2021 melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM883 juta.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 24 Mac 2021 di Portal GKP. Sila rujuk langkah berikut untuk membuat semakan status GKP Tambahan:

1. Layari Portal Rasmi Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my 2.Log masuk menggunakan ID (no kad pengenalan) dan kata laluan yang telah didaftarkan. 3. Pergi ke menu ‘Semak Status’. 4. Status kelulusan GKP Tambahan PERMAI akan dipaparkan bersama maklumat bayaran seperti di bawah.

Mengambil kira GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP Tambahan yang diluluskan, jumlah keseluruhan penerima GKP adalah hampir 900,000 PKS mikro dengan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM3.58 bilion. Maklumat Lanjut. Untuk maklumat lanjut berhubung status semakan GKP Tambahan PERMAI, sila rujuk laman web LHDN melalui saluran di bawah:

Laman web www.hasil.gov.my. Hotline LHDN : +603-89111000

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: apampin

 

Previous articleKata Kata Paling Dinantikan Dari Panglima ATM Slps K0rea Utara Kata, ‘MaIaysia Akan Terima Akibat’
Next articleAdik Mgsa Yg MeninggI Ketika Cuba Selamatkn Ibunya Terkjut Telefon Arwh Kkaknya Tiba2 Berbunyi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here