Home Petua Tips Umum Tinggalkan ‘Running Man’ Lepas 11 Tahun, Ini 3 Filem Akan Datang...

Umum Tinggalkan ‘Running Man’ Lepas 11 Tahun, Ini 3 Filem Akan Datang Lakonan Lee Kwang-soo

169
0

Hari ini, peminat rancangan televisyen Korea Selatan, Running Man dikejutkan dengan berita daripada Lee Kwang-soo yang mengumumkan akan meninggalkan rancangan tersebut selepas 11 tahun bersama.

Pastinya berita ini mengejutkan ramai kerana Lee Kwang-soo merupakan salah seorang watak yang menjadi tonggak utama rancangan realiti popular tersebut semakin kelakar

Namun disebabkan kemalangan yang dialami pada tahun lalu (Februari 2020), beliau menerusi agensinya terpaksa mengundur diri bagi memberikan fokus terhadap kesihatannya.

Buat peminat yang akan merindui beliau, di sini kami senaraikan tiga filem Lee Kwang-soo yang akan ditayangkan pada tahun ini.

1. Sinkhole

Dengan genre bencana komedi, filem Sinkhole merupakan filem gandingan Cha Seung-won dan Kim Sung-kyun bersama Lee Kwang-soo.

Sinkhole mengisahkan mengenai Jung Man-soo (lakonan Cha Seung-won) yang tinggal di Chungwoon Villa, sebuah apartmen murah yang bekerja keras untuk menyara kehidupannya bersama anak lelakinya.

Umum Tinggalkan ‘Running Man’ Lepas 11 Tahun, Ini 3 Filem Akan Datang Lakonan Lee Kwang-soo 1

Manakala, Park Dong-won (lakonan Kim Sung-kyun) yang baru sahaja bergelar pemilik rumah selepas 10 tahun mengalami nasib malang apabila apartmen mereka tiba-tiba ditimpa bencana.

Terperangkap bersama Kim Seung-hyun (lakonan Lee Kwang-soo), masing-masing berusaha untuk keluar daripada bencana tersebut.

2. The Pirates: Goblin Flag

Mengisahkan mengenai pertarungan laut antara lanun, penyamun dan perintis dalam operasi pencarian anjing laut yang hilang dalam serangan ikan paus sebelum penubuhan SInasti Joseon.

Umum Tinggalkan ‘Running Man’ Lepas 11 Tahun, Ini 3 Filem Akan Datang Lakonan Lee Kwang-soo 4
Sumber: V Live

Dibarisi pelakon hebat antaranya Kang Ha-neul, Han Hyo-joo, Lee Kwang-soo, Chae Soo-bin, Kwon Sang-woo dan Oh Se-hun, filem ini diarahkan oleh Kim Jung-hoon yang tekenal dengan filem The Accidental Detective (2015) dan ditulis oleh Chan Sung-il yang pernah menulis skrip antaranya The Pirates (2014) dan L.U.C.A: The Beginning (2021).

3. Happy New Year

Membawa watak sebagai pengurus artis popular, filem Happy New Year mengisahkan mengenai pekerja dan pengunjung yang datang ke Hotel Emros sekitar Tahun Baharu.

Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini ialah Han Ji-min (pengurus hotel), Lee Dong-wook (pemilik Hotel Emros), Yoona dan Won Jin-a (pekerja hotel), Kang Ha-neul (pengunjung yang datang untuk mendapatkan kerja selepas menganggur selama lima tahun), Seo Kang-joon (penyanyi dan penulis lagu), Kim Young-kwang (pengacara radio) dan ramai lagi.

Umum Tinggalkan ‘Running Man’ Lepas 11 Tahun, Ini 3 Filem Akan Datang Lakonan Lee Kwang-soo 1
Sumber: Asianwiki

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://odisi.my/

Previous article“Sorry Kek Takde,Lilin Pun Takde.. Lighter Jer Ada” Sempena Hari Lahir Almy Nadia,Ini Yang Dilakvkan Oleh Fizz Fairuz
Next article“Hil4ng Kata-Kata & Tak B0leh Tidur” Peniaga C0lek Rela Mas0k Penj4ra Daripada Bay4r K0mpaun RM50k

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here