Home Petua Tips Ditinggal Suami Seawal Usia 17 Tahun ,Besarkan Anak 2 Orang Seorang...

[VIDEO] Ditinggal Suami Seawal Usia 17 Tahun ,Besarkan Anak 2 Orang Seorang Diri.

223
0

“Kau ibu yang kuat,jaga anak kau elok elok,amanah tu.Semoga kau sekeluarga diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmatNya,Aminn” ini antara

kata kata perangsang salah seorang netizen ditujukan pada Siti Aishah Ishak seorg ibu muda yang sabar membesarkan anak anak tanpa suami.

Perkahwinan yang bahagia adalah menjadi impian setiap pasangan yang berumahtangga. Momen gembira dan sedih itu pasti wujud dalam menjalani kehidupan rumahtangga.

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita bernama Siti Aishah Ishak, apabila perkahwinannya dilanda badai sebelum ditinggalkan oleh suaminya.

 

Berkahwin seawal umur 14 tahun

 

Menerusi perk0ngsian di aplikasi TikTok miliknya, wanita berusia 23 tahun mengakui dia telah berkahwin seawal umur 14 tahun dan dikurniakan cahaya mata pertama lelaki pada usia 15 tahun.

Selepas dua tahun melayari bahteri sebagai pasangan suami isteri, dia disahkan mengandung anak kedua dan kali ini seorang puteri pula.

Pada usia kandungan tujuh bulan pula, difahamkan Aishah telah ditinggalkan oleh suaminya dan membiarkan dia keseorangan membanting tulang demi membesarkan anak-anak.

Sehingga kini, kedua kanak-kanak berusia lapan dan enam tahun itu masih belum bertemu bapa mereka yang ‘hilang’ tanpa memunculkan semula dirinya.

 

Semoga mendapat kebahagiaan nanti

Perk0ngsian tersebut dipenuhi komen warganet yang memuji kecekalannya dalam mengharungi kehidupan sepanjang bergelar ibu tunggal selain turut mendoakan agar dia sentiasa kuat menghadapi ujian daripada Allah SWT.

Ibu yang kuat,jaga anak elok elok

 

Tabahnya muda-muda dah hadapi ujian seberat ini

Allah uji sebab awak kuat

Kehidupan berumah tangga sememangnya tidak sentiasa indah tetapi kehidupan harus diteruskan walaupun agak perit untuk ditelan.

Sumber OMM

Previous articleKerana Sedekah Air Secawan RM3, Pemuda Ini Dpt Tempahan Yg Berganda.
Next article“Sejak benda itu terjadi, Aidil akhirnya tak lagi menghubungi Ryan dan Arjuna”- Rita Rudaini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here