Ustaz Kazim terima bon 1 juta Euro, “Ada VIP cuba ambil kesempatan ke atas penyakit saya”

Sebelum ini tular berkenaan penyakit misteri yang dialami pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias yang didakwa disihir oleh beberapa individu.

Berita tentang penyakit Ustaz Kazim mendapat liputan secara meluas di seluruh media sosial malah dalam rancangan televisyen tanah air.

Rata-rata netizen mendoakan agar Ustaz Kazim menemui penawar dan segera sembuh dari penyakit yang dihidapinya.

Terima bon 1 juta Euro

Baru-baru ini sedang beliau melawan rasa sakit serta sedang gigih berusaha mencari ikhtiar, ada individu yang cuba mengambil kesempatan dengan ‘mempermainkannya’.

Menerusi satu perkongsian terbaru Ustaz Kazim di laman rasmi Facebooknya, beliau memaklumkan ada individu bergelar VIP telah hadir ke Maahad Tahfiz Al Barakah miliknya.

Ingat kami bod*h?

Menurut Ustaz Kazim, individu berpangkat Dato’ Seri itu telah memberikannya bon 1 juta Euro dan bon tersebut boleh ditebus dalam masa satu bulan.

“Dia ingat kami di Al Barakah ni bod*h gamaknya.

Berhati2 la kepada pengusaha Maahad Tahfiz, Sekolah2 Pondok dan org yang sakit seperti saya ini dengan scammers yang begitu berani dan terang2 sekarang ni.

Mula2 kata nak ziarah, pastu nak tolong berubat pastu bagi bon.. pastu? ” jelas Ustaz Kazim kecewa.

Ingat ALLAH, takutlah kepada ALLAH..

Ustaz Kazim telah memuatnaik gambar bon 1 juta Euro itu dituruti dengan kapsyen berpesan agar orang ramai terutama pemilik maahad tahfiz supaya jangan mudah tertipu dengan scammer dan meminta individu tersebut supaya takutlah dengan Allah dalam apa juga tindakan yang dilakukan.

“Allahu akhbar…takutlah kepada Allah..kita akan mati.

Takutlah kepada Allah.Kepada orang sakit, orang2 tua, anak2 tahfiz, sekolah pondok sanggup ada yang ambik kesempatan, ujarnya.

“Awas jangan sampai anda TERTIPU!” tulisnya lagi.

Semoga ustaz dan para ulama terlindung dari semua ini

Rata-rata warganet turut meluahkan rasa kecewa dengan individu terbabit kerana sanggup mengambil kesempatan dikala Ustaz Kazim sedang menderita sakit.

Mereka juga menasihati Ustaz Kazim supaya melaporkan hal ini kepada polis agar tindakan undang-undang dapat diambil kerana cuba menipu orang lain dengan berpura-pura mahu menghulurkan sumbangan.

Tergamak buat macam tu dekat maahad tahfiz

Ada juga VIP cuba mempermainkan ustaz

Zaman inflasi macam ni mana ada orang senang2 beri duit berjuta

SUMBER : FB Ustaz Kazim Elias

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*