[VIDEO] Bagi alasan pergi ‘outstation’, suami kantoi kahwin dengan perempuan lain

Seringkali kita mendengar kisah kecurangan pasangan berlaku. Baru-baru ini tular mengenai kisah seorang suami yang didakwa terpaksa bekerja di luar kawasan, tetapi sebenarnya si suami pergi menikah dengan wanita lain !

Itulah nasib yang menimpa seorang wanita di Jakarta, Indonesia yang ‘menyerang’ majlis perkahwinan suaminya bersama wanita lain bagi menggagalkan majlis lelaki terbabit.

Isteri serang majlis kahwin suami

Menerusi satu perkongsian video di akaun TikTok @mridwan, wanita berkenaan telah membawa ahli keluarganya pergi ke majlis pernikahan suaminya untuk menggagalkan majlis tersebut.

Turut kelihatan si isteri bergegas masuk ke dalam rumah bakal ‘madunya’ ketika majlis sedang berlangsung dan bertemu dengan pengantin perempuan untuk memberi amaran supaya jangan meneruskan niat untuk meneruskan majlis tersebut.

Saya isteri kepada Yusuf, tolong jangan teruskan. Syaa akan tuntut semua harta Yusuf yang ada.

Menurut bakal pengantin wanita itu juga, beliau sedia maklum tahu bahawa lelaki tersebut sudah pun bernikah namun tetap ingin berkahwin dengan lelaki itu.

Difahamkan, suaminya memberi alasan untuk pergi ke Surabaya kerana ada urusan penting, namun rupa-rupanya dia pergi ke Lumajang untuk berkahwin kali kedua.

Alasan suami nak pergi ke Surabaya. Rupanya nak nikah kat Lumajang. Sebenarnya si isteri tak tahu perkara itu dan ada orang yang datang rumah beritahu perkara sebenar.

Isteri nak lapor polis

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen merasa kasihan terhadap nasib yang menimpa wanita dan anak-anak.

‘Kesian anak dia’

Warganet bersetuju dengan tindakan wanita terbabit yang menyerang majlis perkahwinan tersebut kerana simpati terhadap nasib si anak yang terpaksa melalui perkara tersebut.

Video yang tular itu mendapat lebih 15 juta jumlah tontonan dan hampir 1 juta tanda suka.

Apa pendapat anda? Jangan lupa tinggalkan komen dan share ya gaisss!

SUMBER : TikTok & OhBulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*