[VIDEO] Netizen puas hati Toyota Vellfire kena ‘sagat’ parkir di tempat yang salah

Memarkir kenderaan sesuka hati di laluan yang tidak sepatutnya menyebabkan pelbagai masalah timbul dan sememangnya membuatkan ramai pemandu kenderaan yang lain geram.

Bukan sahaja akan menyusahkan orang ramai, tetapi ia turut menyebabkan lalu lintas tergendala.

Ganggu laluan bas

Baru-baru ini menerusi satu perkongsian video di akaun Twitter @isusemasaviral, dilihat sebuah bas telah melanggar kenderaan mewah model Toyota Vellfire yang didakwa memarkir di tempat yang tidak sepatutnya.

Rakaman asal yang dikongsi menerusi akaun TikTok milik @ayin8686 kembali tular dan rata-rata netizen berpuas hati dengan tindakan pemandu bas berkenaan yang memberi pengajaran kepada pemilik kerete mewah berkenaan.

Parkir ditempat salah

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku di pintu masuk sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota, Mid Valley dimana kawasan berkenaan merupakan kawasan larangan untuk meletakkan kenderaan.

Lantaran itu, kereta Vellfire tersebut mengalami kerosakan dan bahagian tepinya remuk dilanggar bas yang melalui kawasan itu.

Kalau macam ni memang payah nak claim insurans

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat berpuas hati dan langsung tidak bersimpati terhadap pemilik kereta mewah berkenaan.

Mana tidaknya, kesalahan yang dilakukan berpunca dari diri pemandu kereta itu sendiri kerana sengaja meletakkan kenderaan di kawasan yang terang-terang bukan tempatnya.

Padan muka, kereta besar otak tak ada

Tengah stres tengok video ni terus hilang stres

Rasakan sampai terkopak!

Sumber: Twitter&TikTok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*