[VIDEO] Yana Alyah kene ‘sekolah’ dengan netizen, label netizen bangang sebab tegur aurat pelakon

Pelakon yang sudah lama menyepi dari industri tanah air, Yana Alyahya menerima kecaman ramai apabila menyelar tindakan netizen yang menegur ke arah kebaikan.

Follow laa Ustazah !

Yana yang membintangi filem Mukhsin pada tahun 2006 itu baru-baru ini terlihat beberapa komen dari warganet yang menegur perihal aurat seorang pelakon.

Pelakon tersebut dilihat kurang senang dengan komen berkenaan mengeluarkan kata-kata kesat dengan melabel individu terbabit sebagai ‘bangang’.

Okay so tadi saya nampak ada seorang lelaki komen dekat perempuan which is pelakon punya section. ‘Lama-lama dah tak ada aurat ke?’

‘Aku macam eh kau! Pergi la follow ustazah.. follow pelakon buat apa! Bangang!’

Menerusi perkongsian di video berkenaan, aktres berumur 27 tahun ini menulis kapsyen yang berbunyi; ‘Nak tegur boleh, tapi cerminkan diri sendiri dulu la ya?’

Pelakon kalis hukum Islam ke?

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kecewa dengan respon adik bongsu kepada Sharifah Aleya, Sharifah Amani dan Sharifah Aleysha.

Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim tidak kira sesiapa termasuklah pada ustazah dan pelakon.

Yana sebelum ini pernah membintangi filem Mukhsin yang diarahkan oleh Yasmin Ahmad pada tahun 2006. Filem itu turut dibintangi oleh Syafie Naswip dan Adibah Noor.

SUMBER : TikTok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*