Home Petua Tips Baru Je Kahwin, Zahirah MacWilson Ded4h Perangai Pel1k Suami Sendiri. Dia Sendiripun...

Baru Je Kahwin, Zahirah MacWilson Ded4h Perangai Pel1k Suami Sendiri. Dia Sendiripun Tak Sangka

344
0

Pelakon Zahirah Macwilson akui kehidupannya kini lebih bahagia selepas mendirikan rumah tangga dengan aktor Aiman Hakim Ridza pada 20 Februari lalu.

Malah, kini dia gembira kerana mempunyai seorang teman hidup yang boleh menemaninya ke mana sahaja.

“Alhamdulilah, ia fasa baru dalam hidup saya tetapi cukup menyeronokkan apabila setiap hari bila kita bangun dari tidur ada orang di sebelah.

“Sebelum ini saya banyak hidup sendiri di Malaysia kerana keluarga menetap di Australia tapi kini saya ada Aiman yang akan sentiasa menemani dan menjaga saya disini,” katanya kepada Gemp4k.

Zahirah ditemui selepas Majlis Tayangan Gala Fiem Bulan dan Pria Terhebat yang diakan di MBO The Starling, malam tadi.

Ditanya apakah sikap atau perkara pelik Aiman yang disedarinya selepas mendirikan rumah tangga, Zahirah mend3dahkan Aiman seorang lelaki yang sangat pembersih.

“Saya tak sangka dia seorang lelaki yang sangat kemas dan pembersih. Biasa kita akan fikir lelaki tidak akan sekemas perempuan tapi dia tidak

“Sebagai contoh bila di rumah barang-barang itu tidak boleh sedikit berhabuk pun.

“Tapi saya rasa itu perkara yang baguslah kerana dia pun banyak membantu buat kerja rumah,” katanya lagi.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 8 Jun lalu selepas tujuh bulan menyelami hati budi dan menyulam cinta bersama.

Mengenai perkembangan lain, Zahirah bakal muncul dalam filem pertamanya Bulan dan Pria Terhebat pada 12 Mac ini.

Selain Zahirah, Bulan dan Pria Terhebat yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu turut dibintangi oleh Maya Karin, Khir Rahman, Zizan Razak, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.

Secara ringkas Bulan dan Pria Terhebat arahan Ghaz Abu Bakar itu mengisahkan Bulan (Zahirah Macwilson) merupakan pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia menyelvdup masuk ke dalam s1ndiket pemerd4gangan manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.

Bulan bertemu Haris (Zizan Razak), seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya dari genggaman bapa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky.

Ricky mengarahkan Tony, seorang pembvnuh upahan untuk menghapvskan Bulan dan Haris.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : gempak

Previous articleSelepas Aliff Syukri Dikatakan Mender4 Dgn Kasut Dan Cub1t Ank Angkat Aminah,Akhirnya Datin Shahida Buka Mulut
Next articleIkan singgang boleh merawat C0vid-19? Ini Penjelasan Dr Azizah Mahmood UMT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here