Home Petua Tips Zaman Glamor Dah Berlalu, Shaheizy Sam Tak Malu Niaga Di Bazar

Zaman Glamor Dah Berlalu, Shaheizy Sam Tak Malu Niaga Di Bazar

61
0

Meskipun pernah bergelar bintang popular, pelakon Shaheizay Sam tidak rasa malu untuk berniaga di kawasan tumpuan awam seperti di bazar Aidilfitri.

Menurut Sam, dia menganggap zaman glamornya sudah lama berlalu dan kini dia semakin serius dalam bidang perniagaan.

BACA: Shaheizy Sam Dikecam Gantung Vape Di Leher Ketika ABPBH

“Fasa glamor untuk saya dah berlalu… bila saya turun padang (meniaga di bazar), ia bukan tentang saya, sebaliknya ia mengenai pembeli dan peminat yang selama ini sentiasa menyokong saya.

“Sekarang bukan pasal status, kalay saya seorang yang jaga status sudah tentu saya hanya akan turun event yang diadakan di hotel sahaja.

“Bagi saya power macam mana pun, mati nanti jadi tanah juga, orang lain juga yang turun liang tanamkan kita,” katanya.

Dalam pada itu, Sam berkata dia tetap dengan pendirian untuk menerima satu atau dua filem sahaja dalam masa setahun bagi mengekalkan branding namanya.

“Bukan apa, bila saya terlalu kerap berlakon macam tahun 2013 dulu, dia dah jadi macam tak ikhlas nak berlakon sebab saya buat benda yang sama, skrip yang sama, dia seolah macam tiada cabaran. Bila kita buat kerja tak ikhlas, kita buat kerja pun ala kadar sahaja,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.rotikaya.com/

Previous articleBukan Hanya Cek Selipar, Polis Akan Periksa Kadar Bayaran Tol Pemandu
Next articleBidas Kenyataan Ridhuan Tee, Suhaimi Saad Backup Siti Nurhaliza

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here