Home Petua Tips Zarina Anjoulie bercerai lagi! Minta bekas suami pulangkan telefon, beg Gucci –...

Zarina Anjoulie bercerai lagi! Minta bekas suami pulangkan telefon, beg Gucci – “Aku bukan sugar mummy kau ya” –

64
0

SELEPAS rujuk buat kali pertama sekitar awal Mac lalu, rumah tangga pelakon Zarina Anjoulie runtuh lagi apabila dia mengesahkan ikatan perkahwinan dengan suami Eilyas Azhar sudah berakhir.

Menerusi Instagram, Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul memaklumkan Eilyas atau lebih dikenali sebagai Yas melafazkan cerai itu baru-baru ini.

“Ramai tanya betul ke Anju dan Yas dah bercerai… ya betul kami dah cerai. Terima kasih,” tulisnya menerusi muat naik terbaharu di laman tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Anjoulie dan Yas rujuk semula, mahu perbaiki diri dari segi agama – “Kami tak nak putus asa dengan perkahwinan ini”

Ini merupakan pengumuman penceraian kali kedua dengan Eilyas kerana pada 27 Januari lalu, Zarina pernah memaklumkan perkahwinan mereka sudah berakhir selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Zarina juga pernah berkongsi video hadir ke Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan bagi menyelesaikan urusan penceraian itu.

Bagaimanapun pada 2 Mac lalu, aktres ini mengumumkan sudah rujuk semula sebagai suami isteri dan keputusan itu dibuat selepas mereka mengetepikan ego masing-masing dan berbincang secara baik.

Sementara itu menerusi Instastory, Zarina meminta Eilyas memulangkan semula beberapa barangan yang diberikan antaranya telefon bimbit dan beg jenama mewah.

“Kau dah ceraikan aku… ha jangan malu-malu la nak kasi barang-barang aku balik ya, yang kau pakai tu bag, kasut tu… sebab aku bukan sugar mummy kau ya. Kau dah boleh pergi beli telefon baru ya aku nak telefon aku balik.

Perkongsian Zarina di Instagram mengenai perpisahannya dengan suami.

“Tolonglah, tak kisah la aku nak phone aku balik dengan beg Gucci tu je macam aku cakap aku bukan sugar mummy kau! Tak apalah bro semua duit aku kasi kau, aku halalkan,” tulisnya.

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.mstar.com.my/

Previous article10 Akhir Ramadan, Elizabeth Tan ‘Mendad4k’ Muncul Mengenak4n Hijab
Next articleTak dapat balik kampung hantar bapa dialisis, anak hanya tahan sabar terguris hati di balai polis… 11 hari kemudian baru diizin rentas negeri tatap jenazah –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here