Home Petua Tips Tak Perlu Datang Kaunter, Ada 3 Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP,Mari Ikut

Tak Perlu Datang Kaunter, Ada 3 Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP,Mari Ikut

27848
0

Mungkin ramai yang bimbang keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran wang Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menyebabkan p4ndemik C0v-19 semakin bvruk di negara ini.

Bagaimanapun, kebimbangan itu tidak berasas kerana pencarum yang ingin mengemukakan permohonan pengeluaran wang di bawah inisiatif i-Lestari yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu berpusu-pusu ke kaunter KWSP.

Sebaliknya, mereka boleh berbuat demikian melalui tiga saluran seperti yang dinyatakan dalam Soalan Lazim Asas Pengeluaran i-Lestari yang disediakan KWSP.

 

Pencarum boleh menghantar borang permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun) atau e-mel kepada ilestarimohon epf.gov.my.

Selain itu, borang boleh diposkan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran i-Lestari).

“Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang ke dalam akaun bank ahli,” jelas KWSP.

Permohonan pengeluaran i-Lestari boleh dibuat mulai 1 April 2020 dan bayaran RM500 sebulan akan bermula dari Mei 2020 sehingga Mac 2021.

Antara syarat untuk memohon pengeluaran di bawah inisiatif ini adalah pencarum berumur bawah 55 tahun dan mempunyai baki dalam Akaun 2.

 

 

Gunakan wang yang dikeluarkan dengan sebaik-baiknya untuk menyara keluarga kerana p4ndemik C0v-19 dijangka mencetuskan kr1sis ekonomi berskala global untuk tempoh yang agak panjang.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

 

Sumber : CARI

Previous articleTiada Istilah ‘Perubatan Isl4m’ Dr Maza Akhirnya Luah Sesuatu Ada Kaitan Dengan C0v 19
Next article11 Inisiatif Kerajaan Bagi Membantu Rakyat Dalam Situasi P4ndemik C0v 19

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here