Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel berkongsi beberapa keping foto sesi makan malam romantis bersama isteri, Wawa Zainal bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10.
Seiring dengan perkongsian indah tersebut, Aeril menerusi Instagram turut menitipkan kata teristimewa buat isteri tersayang.
“Entah bagaimana harus dikatakan tentang hari ini. Saat kita memilih dua jiwa menjadi satu. Satu hati. Satu cinta. Satu cita-cita. Satu harapan. Dan satu tujuan bersama ke Surga di sana Negara Abadi.
“Terima kasih sayang kerana bila berani untuk bersama itu, bermakna dirimu mengerti perjalanan yang bakal kita tempuh bukanlah mudah dipermulaannya kerana penuh getir dan sesekali pasti jua dilambung ombak, dipukul badai ujian.
“Kita berjaya melewati dan mengharungi semuanya dengan pertolongan ALLAH jua,” tulisnya.
Aeril pada masa sama turut mengucapkan terima kasih atas segala momen yang dikecapi mereka selama ini.
“Tuhan hadiahkan kita kebahagiaan dengan terus bersimpuh kasih padaNya. Barangkali kerana titis air matamu dan doa rintihanmu yang paling tulus lalu dikurniakan kekuatan jiwa, akal dan buah fikir pada dirimu agar titipan rahmatNya berpanjangan hingga kita mengecapi manisnya cinta yang halal dalam redhaNya sehingga saat ini.
View this post on Instagram
“Terima kasih segalanya sayang. Sungguh, kau satu-satunya tempat jatuhnya cinta yang paling bening. Segenap keluh resahku, kau jadi perlabuhan kedamaian.
“Ketika sakit duka bertandang, kaulah jadi penawarnya. Bila akal dan semangatku mulai tumpul, kaulah yang jadi penajamnya. Bak kata hukama, kau tak ubah seperti kehangatan saat kedinginan.
View this post on Instagram
Terima kasih sayang untuk semuanya, kutulis ini kerana hari ini ulang tahun pernikahan kita yang ke-10,” tulisnya lagi sambil memohon moga hubungan yang terjalin kekal selamanya.
Sementara itu, Wawa juga turut memberikan dedikasinya buat Aeril.
Sekadar informasi, pasangan selebriti ini kini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Soffya dan Muhammad Fahri yang dilahirkan 30 November lalu.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : MH