Home Petua Tips 3 Tahun Di Negara Orang, Raja Ilya Sedih Rindukan Malaysia.. Rancang Untuk...

3 Tahun Di Negara Orang, Raja Ilya Sedih Rindukan Malaysia.. Rancang Untuk Dapat Anak Dalam Masa Terdekat

62
0

SETELAH lebih tiga tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Raja Ilya akhirnya bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Menurut Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 37, dia dan suami merancang untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

“Saya dan suami memang merancang untuk dapatkan anak tahun ini.

“Setelah lebih tiga tahun berkahwin, sudah tiba masanya untuk kami fikirkan soal keluarga.

“Jika dikurniakan rezeki anak pastinya saya sudah bersedia untuk membina keluarga,” katanya kepada mStar.

raja ilya 2

Raja Ilya sedia menjadi ibu.

Raja Ilya berpindah ke Perth, Australia sejak 2019 selepas berkahwin dengan Trent Garret pada Disember 2018.

Dalam pada itu pelakon filem Soulmate Hingga Jannah ini juga meluahkan rasa rindu untuk pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun katanya pandemik C0vid-19 yang masih berlarutan menjadi antara faktor dia tidak berkesempatan untuk berbuat demikian.

Biasanya kalau rindu dengan Malaysia saya akan masak masakan tradisi atau menonton filem Melayu

RAJA ILYA

PELAKON

“Apa boleh buat? Semoga pandemik ini segera berakhir dan saya dapat pulang berjumpa keluarga di Malaysia.

“Biasanya kalau rindu dengan Malaysia saya akan masak masakan tradisi atau menonton filem Melayu.

“Walaupun berada jauh, saya masih ambil tahu perkembangan di Malaysia menerusi Instagram dan berita semasa,” ujarnya.

raja ilya 3

Sentiasa rindukan Malaysia dan berharap dapat pulang dalam masa terdekat.

Beberapa hari lalu Raja Ilya meluahkan rasa ber4ng dengan berita berkaitan kes pakar kecantikan tidak bertauliah menyebabkan kematian seorang lelaki selepas mendapatkan suntikan membesarkan otot punggung.

“Kisah itu sama seperti yang pernah saya lalui sebelum ini.

“Saya harapkan ia dapat membuka mata mana-mana pihak berwajib untuk mengambil tindakan und4ng-und4ng terhadap pengamal perubatan kecantikan tidak bertauliah,” jelasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :http://www.slambermedia.bbn.my/

Previous articleRamai Trkejut Lihat Resepi Mak Neel0fa Buat Untuk Menu Brpantang Anaknya
Next article“Sej4rah Nama ‘Airit'” – Rita Rudaini Tervja Ken4ng Z4man H4ngat Bercinta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here