Home Petua Tips Setelah Ada anggota PDRM enggan terima suntikan v4ksin C0vid, KPN mula bersuara

Setelah Ada anggota PDRM enggan terima suntikan v4ksin C0vid, KPN mula bersuara

147
0

Ipoh: Kira-kira 95 peratus anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara bersedia menerima suntikan vaksin Co.vid-19, kata Ketua P0lis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata, kira-kira tiga peratus pula tidak dapat menerima v4ksin itu kerana masalah kesihatan.

“Yang tidak mahu mengambil vaksin (kerana kesihatan) ini ada di beberapa negeri antaranya Kelantan, Kedah dan Perak. Saya juga akan berusaha menerangkan (kepada baki dua peratus lagi) tentang kebaikan kerana kita ambil pandangan daripada Kementerian Kesihatan.

“Itulah tempat rujukan. Bukan b0moh, pendeta, guru ajaran ses4t. ”

“Kalau saya tahu mereka ikut ajaran ses4t, saya suruh mereka keluar daripada PDRM,” katanya yang ditemui pemberita selepas majlis pemakaian sayap juruterbang dan penutupan kursus lesen juruterbang peribadi di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara di sini, semalam.

Abdul Hamid berkata, demikian ketika ditanya mengenai segelintir pegawai dan anggota PDRM di Kelantan yang dilaporkan enggan menerima suntikan vksin Covid-19.

Mengulas isu kompaun RM10,000 terhadap individu yang melanggar prosedur operasi standard Covid-19, Abdul Hamid menjelaskan tindakan itu diambil demi keselamatan orang ramai.

“Kelmarin viral satu notis kompaun ditulis RM10,000. Kesalahan individu itu ialah gagal mendaftar MySejahtera. Peraturan itu dibuat dan dilaksanakan demi keselamatan orang yang berkunjung ke tempat itu. Jika mana-mana individu tidak mengikut peraturan, ia membawa risiko yang besar kepada lain-lain pengunjung di premis terbabit.

“Saya sudah jelaskan, mana-mana tindakan ialah atas budi bicara pegawai yang diberi kuasa untuk kompaun RM10,000, RM1,000, RM50 atau dimaafkan. Begitu juga saman trafik. Kita ada ruang untuk penjelasan dan justifikasi. Boleh merayu.

“Jangan khuatir mengenai RM10,000 ini, tetapi khuatirlah jika dijangkiti Covid-19. Kompaun RM10,000 itu juga untuk pencegahan. Balik-balik muka yang sama atau premis yang sama buat kesilapan,” katanya.

Lnggar SOP PKP: 330 individu dikompaun RM10,000 sehingga kini

Kuala Lumpur: Sebanyak 330 notis kompaun RM10,000 dikeluarkan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara setakat ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

“Ya, 330 individu untuk notis kompaun pesalah SOP PKP,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Semalam, Abdul Hamid berkata nilai kompaun kerana melanggar SOP PKP dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000 dan langkah itu berikutan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan mulai 11 Mac.

Abdul Hamid berkata keputusan menaikkan nilai kompaun itu bukanlah untuk menghukvm orang ramai secara berlebihan atau membolehkan kerajaan mengutip wang daripada orang ramai sebaliknya untuk individu yang mengulangi kesalahan SOP PKP sama.

Antara kesalahan SOP PKP adalah seperti tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal atau premis tidak menyediakan alat pengukur suhu.

Sementara itu, seorang individu dikenakan kompaun RM10,000 selepas melakukan ke4lahan tidak mendaftarkan diri menggunakan aplikasi MySejahtera ketika berada di sebuah kedai makan di Bukit Jalil, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pemeriksaan mendapati individu terbabit juga tidak mendaftar diri dalam buku daftar disediakan pekedai sehingga tindakan kompaun dikenakan mengikut peruntukan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

“Kompaun itu dikeluarkan ketika pasukan pematuhan SOP PKP membuat pemeriksaan di lokasi berkenaan pada 6.55 petang.

“Ingin ditegaskan (dakwaan) kononnya individu dikompaun itu telah mendaftar diri melalui mana-mana saluran, aplikasi atau mendaftar diri di dalam buku daftar yang disediakan oleh pekedai adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial seorang individu dikenakan kompaun susulan tidak mendaftar diri menerusi aplikasi MySejahtera dalam tempoh pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB).

Sumber : trendingsangat.pw

Previous articleP0tong Tak Lepas Terus Lnggar Dan Lari. Akibatnya Bapa,Anak M4ut Dlm Nhas Tiga Knderaan
Next article“Cikgu2 Tolonglah Henti Rakam Diri Sendiri”Sekali Cikgu Fadli Salleh Buka Mulut. Padu Ayat Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here