Home Petua Tips Aliff Aziz Pilih Berdoa Dari ‘Lawan’ Netizen – ‘Tetap Usaha Nak Berubah,...

Aliff Aziz Pilih Berdoa Dari ‘Lawan’ Netizen – ‘Tetap Usaha Nak Berubah, Buang Tatu’

64
0

Umum tahu, penyanyi Aliff Aziz kini sedang menjalani kehidupan baru dengan melakukan penghijrahan kepada Allah.

Pernah dilanda dengan kontroversi panas, Aliff, 30, mengakui kesilapannya itu telah menyebabkan ahli keluarganya turut sama terkena tempias menjadi m4ngsa keadaan.

Bagaimanapun, pemilik nama Muhammad Aliff Aziz memandang ia sebagai satu proses pembelajaran untuk dirinya mengambil secara positif.

Pada awalnya rasa agak tervk kerana ia melibatkan keluarga. Bagi saya, ia langkah pembelajaran. Dalam bidang hiburan, memang dipantau netizen dan bukan semua netizen begitu.

Perlahan-lahan dengan masa yang bergerak, saya fikir walau macam mana pun kita jadi terbaik pasti akan ada orang yang tetap tak suka dan pandang serong.

Tiada orang yang sempurna. Kalau kita rasa kita di landasan untuk jadi orang sempurna, itu mustahil.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Bella Astillah memilih untuk mendoakan kesejahteraan individu yang menulis kata-kata kesat mengenai dirinya.

Baginya, tidak ada faedah untuk saling ‘l4wan’ membalas kerana dia tahu niat sebenar keyboard w4rrior.

Saya kurang baca komen sebenarnya.. Saya akan balas komen-komen itu sebaik mungkin dengan mendoakan untuk mereka yang mempunyai banyak masa terluang.

Sekarang ini, kebanyakan yang baik sahaja di ruang saya. Dulu ya banyak.. sampai terpaksa tutup komen. Bila fikir balik, kita doakan saja dan individu itu akan berhenti di situ.

Bagi pendapat saya, lebih baik berpada-pada dalam berkongsi supaya tak menimbulkan fitnah  terhadap kita.

Aliff berkongsi perkara itu ketika sesi siaran langsung di Facebook Nurflix yang membahaskan topik Negara Sudah Merdeka, Kita Bila Lagi?

Sejak pelbagai kontr0versi menghimpitnya, pelantun lagu Sayang-Sayang itu berusaha memperbaiki dirinya untuk melakukan perubahan. Dia juga mahu membuang t4tu pada badannya.

Sebelum ini, Aliff juga memutuskan untuk tinggal bersama keluarganya di Singapura sebelum kembali ke pangkuan isteri dan anak-anak di Malaysia pada Disember tahun lalu.

Aliff berkahwin dengan Bella pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Ayden Adrian, 3, dan Ara Adreanna yang kini berusia setahun.

Sumber: Facebook nurflix.tv

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : obulan

Previous article“Tahniah, SeIamat Berjaga Malam..”- Johan Dan Ozlynn Timang Cahaya Mata Keenam
Next articleLama Menyepi, Engku Emran Tampil Beri Ucapan Romantis Sempena Hari Lahir Isterinya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here