Home Petua Tips Tak pernah ada bilik sendiri, jejaka ini temui ketenangan selepas ‘bawa diri’...

Tak pernah ada bilik sendiri, jejaka ini temui ketenangan selepas ‘bawa diri’ tidur di luar rumah keluarga… tak sangka ramai nak cuba

69
0

LAIN dari yang lain.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai bilik tidur lelaki ini yang mana ia dibina berasingan daripada kediaman asal keluarganya.

Malah, perkongsian video mengenai keunikan bilik tidur Muhammad Ridzuan Misnan turut menjadi perhatian ramai pelayar media sosial.

Bercerita kepada mStar, jejaka yang menetap di Bukit Pasir, Muar, Johor ini mended4hkan bilik berkenaan baru sahaja selesai dibina sekitar Oktober lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Sejak kecil saya tiada bilik tidur. Dalam rumah kami, asalnya ada dua bilik saja. Sebuah bilik untuk mak ayah, bilik yang kedua dikhaskan untuk adik-beradik perempuan.

“Sejak dulu saya dah terbiasa tidur di ruang tamu. Pertengahan tahun hari tu, mak nak buat garaj. Kemudian abah bagi idea untuk buat bilik tidur.

“Kalau nak sambung bilik pada binaan asal rumah, banyak kerja perlu dibuat. Jadi untuk mudahkan kerja, ayah bina garaj dengan bilik saya di tepi rumah kami,” ujarnya yang mesra disapa Ridzuan.

ridzuan4

Ridzuan turut menerima banyak soalan daripada netizen berhubung pembinaan bilik itu.

Menurut jejaka berusia 26 tahun itu, dia gembira dapat memiliki bilik sendiri biarpun ia terasing dari kediaman keluarganya.

Malah katanya, ia sekali gus dapat memberi privasi, khususnya untuk dia yang gemar bermain permainan komputer.

Rumah keluarga pun sebelah saja. Nak makan pergi lah sebelah. Tak sunyi pun.

RIDZUAN

“Bagi saya, seronok duduk macam ni sebab ada privasi. Kalau nak guna tandas, bilik mandi, atau nak makan, saya jalan sedikit pergi ke rumah.

“Saya sebenarnya selalu main game. Dengan adanya bilik berasingan ini, sekurang-kurangnya dah tak kacau keluarga nak tidur. kalau balik malam pun dah tak kac4u keluarga.

“Sebelum adanya bilik ni, komputer gaming saya dipasang di bahagian dapur rumah. Jadi kalau kawan-kawan datang main, kena perlahankan suara,” ujarnya berseloroh.

ridzuan3

Keadaan dalam biliknya.

Dalam pada itu, Ridzuan yang bekerja di sebuah kilang elektronik terkejut apabila video mengenai keunikan biliknya meraih perhatian netizen di aplikasi TikTok.

Selain menerima lebih 300,000 tontonan, Ridzuan turut dihujani pelbagai soalan termasuklah mengenai kos pembinaan bilik tersebut.

“Saya sekadar nak kongsi pemandangan bilik saya, sebab saya seronok dapat bilik macam ni. Tak sangak video ini viral.

ridzuan2

Video mengenai bilik ini meraih perhatian netizen di TikTok.

“Ramai yang bertanya mengenai kos. Tapi saya pun tak tahu kos sebenar. Semua ini ayah buat sendiri, ayah dah bekerja sebagai tukang rumah sejak saya belum lahir lagi.

“Ada juga yang komen minta saya buat tour dalam bilik. Tapi banyak lagi tak lengkap. Setakat ini ada katil, almari, meja gaming, penggantung baju dan storage box saja.

“Ada juga yang kata macam terasing. Tapi saya tak fikir macam tu. Rumah keluarga pun sebelah saja. Nak makan pergilah sebelah. Tak sunyi pun,” ujarnya lagi.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : SV

Previous article“Terima Kasih Atas Doanya…,” – Faizal Tahir Timang Anak Ketujuh
Next article“Bad Tak Suruh Saya Kerja, Tidak Juga Mengh4lang, Semua Ni Saya Yang Nak Buat,” – Ashira Aziz Perjel4s Kekel1ruan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here