Home Petua Tips “Bad Tak Suruh Saya Kerja, Tidak Juga Mengh4lang, Semua Ni Saya Yang...

“Bad Tak Suruh Saya Kerja, Tidak Juga Mengh4lang, Semua Ni Saya Yang Nak Buat,” – Ashira Aziz Perjel4s Kekel1ruan

72
0

Penyanyi Ashira menjelaskan dia bukan terpaksa sebaliknya dia sendiri yang mahu bekerja.

Penjelasan tersebut dibuat Ashira,37, atau nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz menerusi kenyataan yang dimuat naik di Insta Stories semalam.

Ia dipercayai susulan tindakannya yang difahamkan telah bekerja dengan mengambil upah cuci pinggan serta ambil dan menghantar pesanan makanan di Puchong, Selangor.

Meski berterima kasih atas keprihatinan semua, penyanyi yang popular menerusi lagu Di Ombak Resah itu bagaimanapun memohon agar tidak lagi ‘menanda’ beberapa nama di media sosianya memandangkan dia masih boleh berusaha.

“Ok first saya tak terpaksa, tiada yang paksa. Saya yang nak kerja, ok?

“Second…boleh tak tolong jangan ‘tag-tag’ orang itu ini untuk beri bantuan kat saya? Saya tak memerlukan. Sungguh, saya sihat Iagi boleh usaha sendiri. Thank you atas keprihatinan korang. Tapi tolong saya ok?,” tulisnya.

Ashira pada masa sama menambah, apa yang dilakukan bukan disebabkan masalah kesihatan yang ditanggung suami, penyanyi Bad Indigo ketika ini. 

“Third. Jangan salah sangka atau mudah percaya dengan tajuk. Saya kerja bukan sebab Bad sakit, atau dia suruh, atau saya terpaksa.

“Bad tidak suruh saya kerja, tidak juga menghalang. Semua ni saya yang nak buat. Boring duduk rumah jer kena keluar jugak supaya minda sihat,” tulisnya.

Malah, Ashira turut menjawab pertanyaan segelintir pihak berhubung ke mana duit yang diterima ketika menyertai program Gegar Vaganza (GV).

“Last… ada pulak yang tanya mana duit GV? Ok nak ingatkan saya nombor tujuh tau. Lepas tu GV dah setahun berlalu.

 

“Terima kasih semua yang mendoakan saya. Jangan risau saya ok. Semoga hari ni lebih baik dari semalam untuk anda semua dan semoga Allah permudahkan segala urusan korang, amin,” tulisnya lagi.

Terdahulu media melaporkan, Bad atau nama sebenarnya Badrol Izhan Yeop Abdullah, 46, berdepan kesukaran apabila lima jari kaki terpaksa dipot0ng akib4t peny4kit diab3tes yang dialami.

Sumber : MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Previous articleTak pernah ada bilik sendiri, jejaka ini temui ketenangan selepas ‘bawa diri’ tidur di luar rumah keluarga… tak sangka ramai nak cuba
Next article“Semua tahu Amy dah kelu4r Search” -Pem4in Gitar Search, Noordin Mohd Talib Lu4h Peras4an..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here