Home Petua Tips “Semua tahu Amy dah kelu4r Search” -Pem4in Gitar Search, Noordin Mohd Talib...

“Semua tahu Amy dah kelu4r Search” -Pem4in Gitar Search, Noordin Mohd Talib Lu4h Peras4an..

75
0

Kuala Lumpur: Pemain gitar kumpulan Search, Noordin Mohd Taib mengakui berlapang d4da dengan gabungan Amy bersama Nasir, Hillary dan Man Kidal yang kini dalam pembikinan album terbaharu.

Menurutnya, dia dan adiknya Kid mendoakan yang terbaik serta menyerahkan kepada peminat samada mahu menyokong siapa.

“Saya pun tak tahu nak cakap macamana kerana itu hak mereka. Semua orang tahu abang Amy dah keluar Search.

“Perkara ini kena tanya dia sendiri. Biarlah dia buat kenyataan. Tapi saya ralat kerana peminat sudah berp3cah. Pada saya, band berp3cah tak apa.

“Abang Amy yang paling berusia dalam kumpulan patutnya berfikiran lebih matang. Isv ini kalau ditangani dengan baik dari awal dan cara yang betul tiada masalah sebenarnya,” katanya yang ditemui pada program Grup Lelong Barang Muzik (GLBM) di Evo Mall, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Menurut Noordin atau Din, dia menyerahkan kepada Amy dan anggota lain berkenaan perkara itu.

“Saya akan pakai nama Search kerana tak keluar lagi. Saya akan gunakan dan sampai bila-bila takkan lepaskan Search.

“Perkara ini berlaku tanpa pergeseran. Apabila ini berlaku saya pun tak boleh jawab. Kami bukan tak kenal sesama sendiri. Kata orang kalau ada mas4lah boleh bawa berbincang. Kita tengok sajalah. Saya tak boleh buat apa kerana saya masih Search,” katanya.

Din berkata, jika ditanya kepada semua peminat pun, mereka akan meng4kui dia masih anggota Search sebenar.

“Industri kita bukan besar. Sebenarnya nama Search yang besar dan bukan anggotanya. Ini per3butan nama sebenarnya,” katanya.

Sementara itu, selepas mengeluarkan barangan Rockology Search: Kid’Din Collection Series pada 17 November lalu, pemain gitar adik beradik ini akan membuka Search Rock Station pula.

Menerusi pengumuman yang dibuat di Facebook Home Of Champions (HOC) dan akaun Facebook peribadi mereka hari ini, Search Rock Station yang berlokasi di Campbell Shopping Complex, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur ini akan mula dibuka pada 31 Disember ini.

“Pengumuman rasmi Agenda 1. Search akan mengadakan Sidang Media untuk Majlis Pembukaan Search Rock Station pada 31 Disember ini, jam 9 malam.

“Aturcara majlis akan dikongsikan kepada pihak media dan peminat dalam masa terdekat ini. Agenda 2 dan Agenda 3 akan diberitahu dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, barangan Rockology Search: Kid’Din Collection Series yang dilancarkan menerusi Facebook Home Of Champions (HOC) mengandungi 17 barangan istimewa antaranya CD kompilasi lagu berat dan balad terbaik yang dipilih sendiri oleh mereka Noordin dan Kid.

Koleksi yang hanya dikeluarkan sebanyak 500 unit dan dijual secara dalam talian dengan harga RM299 ini mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.malaysiatime.me/

Previous article“Bad Tak Suruh Saya Kerja, Tidak Juga Mengh4lang, Semua Ni Saya Yang Nak Buat,” – Ashira Aziz Perjel4s Kekel1ruan
Next articleIsteri Pengs4n, Masuk Hospital Tertek4n Dengan Netizen Pu4ka, Caprice Mohon – “Ser4ng Saya, Bukan Dia…”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here