Home Petua Tips Adik Haqiem Rusli ikut jejak tak kongsi foto wanita dedah aurat –...

Adik Haqiem Rusli ikut jejak tak kongsi foto wanita dedah aurat – “Apa dia buat tu betul… kita tanggung dosa” –

85
0

MEMILIKI suara yang hampir sama dengan Haqiem Rusli, adik kepada penyanyi itu iaitu Zali Rusli mengakui agak terkesan apabila netizen mula membandingkan bakat mereka.

Bagaimanapun Zali atau nama sebenarnya Ahmad Al Ghazali Rusli berkata, dia mengambil kritikan atau kata-kata netizen sebagai pembakar semangat untuk terus berada dalam industri muzik.

Menurut penyanyi berusia 16 tahun itu, buat masa ini dia terpaksa akur apabila suaranya mempunyai persamaan dengan Haqiem memandangkan mereka mempunyai pertalian darah.

Zali akan ikut cara Haqiem.

“Ada la juga rasa geram apabila segelintir orang bandingkan saya dengan Haqiem tapi saya tak hiraukan sangat. Bagi saya, apa yang orang kata tu menjadi pembakar semangat untuk saya lebih berjaya.

“Tapi itulah… kalau orang cakap suara kami lebih kurang, saya pun tak boleh buat apa sebab dah nama pun kami adik-beradik. Kalau nak buat suara lain, nak buat apa… lebih baik jadi diri sendiri.

“Mungkin nanti apabila saya dah berusia 20 tahun, suara akan berubah menjadi lebih matang,” kata Zali kepada mStar.

Semua komen negatif saya memang tak baca dan biarkan sahaja.

ZALI RUSLI

PENYANYI

Zali yang pernah muncul dengan single berjudul Pewangi hasil ciptaan abangnya itu merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik.

Dalam pada itu, Zali memberitahu dia cuba mengelak untuk tidak membaca komen negatif netizen bagi menghindari perasaan marah.

Malah, Zali juga meminta nasihat dan akan mengikuti langkah Haqiem yang tidak akan berkongsi foto wanita tanpa menutup aurat.

Zali tidak hirau dengan komen negatif.

“Semua komen negatif saya memang tak baca dan biarkan sahaja. Sebab kalau saya baca, akan membuatkan saya lagi sakit hati. Lebih baik saya tak baca.

“Saya ada juga bertanyakan nasihat dan tip untuk berada dalam industri. Abang saya pun berpesan kalau bercakap dengan media, kena jujur dan jadi diri sendiri.

“Selain itu, saya juga mungkin akan ikut tindakan Haqiem tidak memuat naik foto perempuan di Instagram tanpa menutup aurat. Sebab apa yang dibuat itu, betul. Kita tak tahu berapa orang yang tengok, kita tanggung dosa tu,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Previous article“Malam tadi mimpi ayah mentua muka sama mcm ustaz…hmm,” – Netizen ‘try’ anak sulung Ebit Lew
Next articleBvkan M4in Mewah, Siap Naik Jet Peribadi- Instafamous Sel3weng Dvit Bantuan C0vid-19

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here