“Adoi part jeling tu”- Video lucu Fizz Fairuz buat ramai teringat ‘Mat Tudung’

Buat penonton drama, Datuk Fizz Fairuz tidak dinafikan antara pelakon yang begitu berbakat. Watak jahat juga sudah cukup sinonim dengan dirinya yang meninggalkan kesan buat penonton.

Walau bagaimanapun, siapa menyangka disebalik watak-watak jahat mahupun serius yang dibawakan Fizz Fairuz namun sebenarnya dia juga mempunyai perangai kelakar.

Terbaharu satu rakaman video yang memaparkan kelakuan lucu Fizz Fairuz mengundang perhatian ramai terhadap dirinya yang dikongsikan semula oleh salah seorang pengguna, TikTok yang mana dengan pantas dia hangat dibualkan warganet.

Fizz Fairuz dalam video lucu yang dimuat naik itu kelihatannya melakukan swab test namun dalam pada itu, sempat juga dia menghiburkan orang disekelilingnya.


Warganet bagaimanapun turut merasa terhibur dengan kelakuan Fizz Fairuz sehinggakan ramai mulai teringat kembali dengan wataknya dalam filem komedi berjudul, Mat Tudung.

Ternyata ramai meninggalkan respon diruang komen dengan menyebut filem Mat Tudung tersebut apabila cukup terhibur dengan gelagat selamba dan lucu pelakon terkenal berkenaan yang nampaknya tular dengan masuk ke ruangan fyp atau for your page di TikTok.

“Tengok banyak kali memang lawak le”

“Reaksi muka sama…”

“Hahaha comel je perangai”

“Part last dia buat muka macam tu teringat…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.applehijau.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*