Home Petua Tips Tun M bukan dipec4t, keahliannya terhenti secara automatik

Tun M bukan dipec4t, keahliannya terhenti secara automatik

582
0

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama empat lagi Ahli Parlimen Bersatu dengan sendirinya terkeluar dari parti itu kerana mereka sengaja memilih untuk menyertai blok pembngkang pada sidang Parlimen 18 Mei lalu.

Penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusof berkata, terdapat silap faham dalam kalangan masyarakat, termasuk portal berita tertentu yang beranggapan Dr. Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr. Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah dipecat atau diberhentikan keahlian.

“Apa yang berlaku, terkeluarnya keahlian mereka dari Bersatu kerana perbuatan sendiri yang memilih untuk menyertai Ahli Parlimen dari parti pembngkang lain duduk di blok bukan penyokong kerajaan semasa sidang Parlimen berlangsung pada 18 Mei lalu.

“Perbuatan mereka ini melnggar Perlembagaan Bersatu khususnya Fasal 10.2.3 yang memperuntukkan bahawa keahlian mana-mana ahli yang menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain di negara ini adalah terhenti secara serta-merta.

“Perlu diingatkan, nasib menimpa mereka bukan kerana dikenakan tindakan disiplin di bawah Fasal 23 Perlembagaan Bersatu, tetapi kerana melakukan tindakan yang menyebabkan keahlian mereka terhenti secara serta-merta di bawah Fasal 10.2 Perlembagaan Bersatu,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Media semalam melaporkan, Tun Dr. Mahathir dan anaknya, Mukhriz antara lima Ahli Parlimen yang dipecat Bersatu dengan alasan mereka menentang penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang.

Surat pemecatan mereka ditandatangani Setiausaha Kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya bertarikh 28 Mei 2020.

Menurut Kamarul Zaman, di bawah Fasal 23.1 Perlembagaan Bersatu, terdapat enam asas yang akan menyebabkan seseorang ahli boleh dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Disiplin, sama ada dengan diberi amaran, digantung keahlian, dilucutkan jawatan atau dipecat daripada parti.

Enam asas itu melibatkan tidak patuh kepada Perlembagaan Bersatu dan Kod Etika serta Tatakelakuan Ahli Parti; tidak mengikut perintah-perintah parti; tidak menjalankan dasar-dasar parti; tidak patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti termasuk keputusan Lembaga Disiplin dan Lembaga Rayuan; tidak menjaga rahsia-rahsia parti; dan tidak memelihara nama baik serta maruah parti.

Kata beliau, di bawah Fasal 10.2 Perlembagaan Bersatu pula, terdapat tujuh asas menyebabkan keahlian seseorang ahli terhenti secara serta-merta, antaranya ahli berkenaan meminta untuk berhenti menurut Fasal 10.1; mengisytiharkan keluar daripada parti; dan menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain di negara ini;

Asas lain ialah bertanding dalam pilihan raya tanpa kebenaran parti atau sebagai calon bebas atau calon mana-mana parti atau bertindak sebagai pencadang/penyokong dalam kertas penamaan calon bebas atau calon parti lawan; dipecat setelah melalui proses dan tatacara disiplin parti

menurut Fasal 23; seseorang ahli membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah; dan hilang kewarganegaraannya.

“Nasib menimpa mereka adalah bukan kerana melakukan mana-mana satu daripada perkara yang akan menyebabkan dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Disiplin, tetapi kerana mereka melakukan perkara yang menyebabkan keahliannya terhenti secara serta-merta.

“Sebagai kesimpulannya, mereka sendiri dengan sukarela memilih untuk melakukan perbuatan yang menyebabkan keahlian dalam Bersatu terhenti secara automatik.

“Oleh itu, tidak wajar mereka atau sesiapa sahaja membuat tuduhan atau meletakkan kesalahan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu, di atas nasib yang menimpa diri mereka kerana ia berpunca dari kesilapan sendiri,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, tidak berbangkit masalah dikemukakan Datuk Marzuki Yahaya bahawa pejabat Tun Dr. Mahathir dan pihak lain tidak dilakukan mengikut konvensyen parti atau kononnya perlu dibuat oleh Setiausaha Agung serta perlu dibawa ke Lembaga Disiplin atau ke Majlis Pimpinan Tertinggi kerana ini bukan pemecatan.

Sumber : MalaysiaGazette

Previous articlePKPB;Banyak Kelonggaran Dijangka Diumum Menjelang 9 Jun
Next articlePelakon Shah Hazvee Akhirnya Did4kwa Memikat Isteri Orang,Kakak Tolong Ikat Jamin RM2000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here