Home Petua Tips Kerajaan akan buat PKPB tiba tiba Kedah akan tangguh PKPB.Ini Kata Mukhriz

Kerajaan akan buat PKPB tiba tiba Kedah akan tangguh PKPB.Ini Kata Mukhriz

270
0

ALOR SETAR – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam ditangguhkan pelaksanaannya di Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, penangguhan itu sehingga Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas C0vid-19) membuat keputusan mengenainya pada Selasa.

“Pendirian ini diambil bagi menjamin Kedah kekal sebagai zon hijau dan rakyat tidak terancam dengan jangkitan virvs C0vid-19.

“Keselamatan dan kebajikan rakyat tidak akan dikompromi. Buat sementara waktu, terus kekal di rumah dan amalkan penjarakan sosial,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Mukhriz berkata, kerajaan negeri akan memperhalusi syarat dan garis panduan PKPB dan kelonggarannya akan diteliti bagi memastikan ia sesuai mengikut keperluan negeri ini.

Kerajaan negeri bertekad untuk mempertahankan status Kedah sebagai zon hijau setelah tiada lagi kes aktif Covid-19 dikesan di semua daerah.

Dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja semalam, Muhyiddin mengumumkan pelaksanaan PKPB mulai Isnin ini di mana sebahagian besar aktiviti ekonomi dibenarkan.

sumber sinarharian

Previous article“Saya terima delivery beriani dan kek lapis” Najib pula order online sekali dia beri komen ‘win’ pada peniaga2
Next articleMD Kumpulan Jakel Mohon Maaf Isu Posting IG Adiknya Perlekeh Melayu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here