Home Petua Tips Alhamdulillah Murah rezeki Haziq, Ini Hadiah Dari Sultan Kedah Kepada ‘wartawan cilik’

Alhamdulillah Murah rezeki Haziq, Ini Hadiah Dari Sultan Kedah Kepada ‘wartawan cilik’

59
0

BERMULA dengan aksi bersahaja melaporkan secara langsung penemuan ular sawa di sebuah pasar awam di Bukit Selambau, Kedah menerusi Facebook, adik Muhammad Haziq Mohd Asyraf bukan saja popular sekelip mata, malah murah rezeki.

Kanak-kanak berusia 12 tahun itu kemudian diberikan peluang membuat laporan secara langsung berasa Astro Awani serta membuat pengumuman berkaitan suntikan ‘booster’ vaksinasi c0v1d-19 di sekitar Bukit Selambau menaiki van Jabatan Penerangan (JAPEN).

Kepetahan adik Muhammad Haziq turut mendapat perhatian Pejabat Sultan Kedah apabila dikunjungi kakitangan istana yang menyampaikan hadiah kepadanya.

Menerusi satu video dimuatnaik di Facebook, Muhammad Haziq berkata dia menerima telefon bimbit dan tablet jenama Oppo disampaikan kakitangan istana.

“Tadi kakitangan Sultan Kedah bagi hadiah, kami dapat telefon dan tablet Oppo… ada juga orang bagi duit, kotak pensil dan macam-macam lagi.

“Alhamdulillah rezeki, kami pun tak tau macam mana boleh viral (video siaran langsung penemuan ular sawa). Amat-amat dahsyat,” katanya menerusi video berkenaan.

Sebelum ini ibunya, Shakilla Zainol, 33, berkata dia menerima panggilan telefon daripada pihak istana memaklumkan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan untuk menghadiahkan anaknya telefon bimbit.

MUHAMMAD HAZIQ bergambar selepas membuat hebahan mengenai kesedaran pengambilan v4ksin c0vid-19 di Sungai Petani baru-baru ini.

Selain itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang terlibat dalam operasi menangkap ular sawa di Bukit Selambau, memaklumkan mahu memberikan sijil penghargaan buat Muhammad Haziq dalam satu program di Langkawi.

Di sebalik kepetahannya bercakap, murid Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau itu dilaporkan menghidap tal4semia.

Dia disahkan menghidap penyakit itu pada usia lima tahun dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) secara berkala.

‘Wartawan cilik’ der1ta talasemia

Di sebalik kepetahannya bercakap, seorang kanak-kanak yang menjadi popular selepas videonya melaporkan tentang penemuan seekor ular sawa di sebuah pasar awam di Bukit Selambau dekat sini baru-baru ini sebenarnya penghidap talasemia.

Muhammad Haziq Mohd. Asyraf, 12, disahkan menghidap penyakit itu pada usia lima tahun dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini secara berkala.

Menurut pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Selambau itu, keadaan kesihatannya tidak menentu dan perlu mengambil ubat selain suplemen asid folik setiap hari.

“Saya juga pernah masuk wad hospital dan buat pemindahan darah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Penghulu Tua, Bukit Selambau di sini semalam.

Talasemia adalah sejenis pe­nyakit genetik sel darah merah yang mana pesakit tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi kerana genetik yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas.

Hemoglobin merupakan satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita. Talasemia ialah peny4kit genetik atau keturunan.

Muhammad Haziq berkata, walaupun menghidap peny4kit itu, ia bukan penghalang untuk bergerak aktif seperti kanak-kanak normal lain.

“Cuma saya rasa cepat letih, tetapi apa yang penting, saya perlu jaga kesihatan dengan mengambil asid folik seperti diminta doktor,” katanya yang me­rupakan anak sulung daripada dua beradik.

Ketika ditanya tentang pene­rimaan orang ramai selepas vi­deonya itu tular, kata Muhammad Haziq, dia berasa seronok kerana dirinya semakin popular dan dikenali ramai.

“Semasa saya pergi mendapatkan rawatan di hospital semalam, orang ramai termasuk jururawat mahu mengambil gambar bersama saya.

“Saya rasa seperti artis, ke mana pergi pun, orang kenal, tetapi saya kena ingat bahawa apabila dah jadi terkenal, saya tak boleh somb0ng,” katanya.

Menurutnya, dia mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang cef dan mempunyai kedai bakeri sendiri.

“Saya memang suka masak, hari-hari saya akan masak. Saya juga pernah menerima tempahan burger Malaysia daripada kakitangan hospital,” ujarnya.

Selain itu katanya, impiannya yang belum tercapai ialah menaiki jentera bomba.

“Saya memang suka tengok video tentang bomba, Ang­katan Pertahanan Awam (APM) dan ambulans di YouTube,” ujarnya.

Sementara itu ibunya, Shakilla Zainol, 33, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada pihak istana memaklumkan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan untuk menghadiahkan anaknya telefon bimbit.

“Selain itu, APM juga memaklumkan mahu memberikan sijil penghargaan buat Haziq dalam satu program di Langkawi,” katanya.

Kosmo! pada 24 Januari lalu melaporkan aksi bersahaja Muhammad Haziq ‘melaporkan’ secara langsung penemuan seekor ular sawa di sebuah pasar awam di Bukit Selambau menerusi Facebook menarik perhatian ramai. -K! ONLINE

kredit: Malaysiapost

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.mediamalaysia.cc/

Previous article‘Kenapa Muka Saya Macam Siti Nurhaliza?’-Aks1 Lucu Aafiyah Lih4t Cermin Kembali Vir4l
Next article“Dari Awal Dah Minta Mcm2”- Ibu Speechless Dr Amalina, Mnantu Dtg Malaysia, Nak Smbut Mcm Raya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here