Home Petua Tips Ali Puteh N4fi Jual Ayam Untuk Bay4r Duit B4lu Abam RM60k –...

Ali Puteh N4fi Jual Ayam Untuk Bay4r Duit B4lu Abam RM60k – ‘Saya Tak Kerja Untuk Bayar Duit Itu’

53
0

Sebelum ini, mahkamah telah memerintahkan pelawak, Ali Puteh untuk membayar kos sebanyak RM60,000 kepada bekas kakak iparnya selepas dipercayai mengeluarkan kata-kata a1b di laman Instagramnya pada dua tahun lalu.

Bagaimanapun pelawak ini memaklumkan akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berikutan terdapat beberapa fakta yang dipercayai tidak tepat.

Terbaru menerusi laporan Utusan, pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan kini mula berjinak dalam dunia perniagaan pembekalan ayam mentah bersama sebuah jenama.

‘Saya tak kerja untuk bayar duit itu’

Ujar juara Maharaja Lawak Mega 2019, usaha yang dilakukan bukanlah untuk membayar wang seperti mana yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap bekas balu abangnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali.

Pelawak ini sedar perkara tersebut perlu diperjelaskan berikutan akan timbul ‘mulut-mulut neg4tif’ yang akan mereka cerita palsu mengenainya.

Saya baru sahaja menjalin usahasama sebagai duta untuk jenama Red Grocer. Dalam masa yang sama turut menggalas tugas sebagai rakan kongsi. Saya tahu, akan ada yang cakap kini mula berniaga sebab nak bayar duit itu tetapi bila fikir-fikir semula, netizen memang akan sentiasa bercakap pun.

Saya memilih untuk senyum sahaja berkata terima kasih. Saya nak fokus pada kerja dan perniagaan ini saja. Saya tak kerja untuk bayar duit itu, tidak ada kaitan. Fokus berniaga ini lebih kepada fardu kifayah.

Bukan penamat dalam bidang seni

Dalam pada itu, Ali turut menjelaskan walaupun mula berjinak dalam bidang baru namun ianya sama sekali tidak menjadi penamat terhadap karier seninya.

Saya ini berpegang kepada pendirian untuk terus maju ke depan dalam apa sahaja yang saya lakukan. Begitu juga bila sebut tentang industri. Berniaga bukan bermakna saya akan mematikan kerja-kerja seni saya.

Ujarnya lagi dia dengan Mamak sama sekali tidak pernah membubarkan kumpulan Puteh dan telah berbincang sebelum ini.

Hal ini sudah dibincangkan awal-awal. Kalau membabitkan kerja-kerja untuk Kumpulan Puteh, kami akan bergerak sama. Kalau untuk kerjaya solo, masing-masing akan menghormati jalan masing-masing.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :/www.sinarviral.kini.blog/

Previous articleDrama keluarga dari Kelantan, tertingg4l anak tepi jalan ketika bercuti… sed4r selepas 10 minit ger4k, netizen m4rah sebab cu4i
Next article“Muka ‘confident’ tu..,” – [VIDEO] Bell Ngasri ‘cover’ lagu Alhamdulillah buat ramai t3rhibur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here