Home Viral Amelia tak perlu bayar Rm200,000 pada A Aida Production

Amelia tak perlu bayar Rm200,000 pada A Aida Production

150
0

Amelia tak perlu bayar Rm200,000 pada A Aida Production

KUALA LUMPUR – Pelakon, Amelia Henderson berjaya dalam rayuan di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat bagi mengetepikan keputusan yang memerintahkannya membayar RM200,000 kepada syarikat A Aida Production Sdn Bhd berhubung isu pelanggaran kontrak sebuah drama, tahun lalu.

Ia selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Leong Wai Hong membenarkan rayuan Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson, 28, selaku pemohon.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan pelakon popular itu membayar ganti rugi am sebanyak RM10,000 dan faedah lima peratus secara tahunan bermula hari ini.

Dalam prosiding itu, Amelia diwakili peguam, Mansheel Kaur manakala peguam, Ashmadi Othman mewakili syarikat produksi itu selaku responden.

Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan syarikat produksi itu selaku plaintif terhadap Amelia selaku defendan.

Dalam penghakimannya ketika itu, hakim tersebut berkata, mahkamah mendapati Amelia telah diikat dengan kontrak yang ditandatangani dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

Penghakiman mahkamah juga mendapati Amelia sendiri bersetuju membintangi drama itu selain turut bersetuju watak yang ditawarkan iaitu Aira yang mana Amelia adalah heroin dalam drama tersebut.

Justeru, mahkamah memerintahkan Amelia membayar ganti rugi am selain faedah lima peratus.

Sebelum ini media melaporkan Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan dengan tindakan saman daripada A Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.

Bagaimanapun, saman melibatkan A Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman itu. kepada plaintif yang kesemuanya berjumlah lebih RM200,000.

Bagaimanapun pada Ogos lalu, Amelia berjaya dalam permohonannya untuk menangguhkan permohonan maaf dan bayaran ganti rugi lebih RM200,000 terhadap syarikat produksi A Aida.

Sumber:sinarharian

Previous article‘Saya lepas tangan,biar mereka minta tolong’dikatakan menghalau mak dan adik adik sekali Shila Amzah bersuara
Next article“Dah agak dah kerja dia” Akaun Mastura menggangu Puteri Sarah rupanya dah terbongkar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here