Home Petua Tips Anak Mak Sama Cantik, 4 Anak Selebriti Popular Ini Warisi Kejelitaan Ibu...

Anak Mak Sama Cantik, 4 Anak Selebriti Popular Ini Warisi Kejelitaan Ibu Masing-Masing

80
0

Kalau dahulu di zaman kegemilangan 4 selebriti popular ini, kejelitaan mereka tiada tandingan. Kini kelihatan anak mak sama cantik dan anak-anak gadis mereka mewarisi kejelitaan masing-masing.

Keempat-empat selebriti yang masih kekal relevan sehingga kini tetap kekal jelita dengan gaya yang tersendiri. Baik Datuk Nora Ariffin, Datuk Ziela Jalil, Datin Seri Noniswara Al Sheikh mahupun Datin Suliza Salam mempunyai aura yang tersendiri.

Kini anak-anak sudah melalui fasa meningkat dewasa dan pandai selebriti ini menjaga kecantikan dan penampilan mereka. Memang anak mak sama cantik dan kelihatan seperti adik-beradik sahaja dengan anak-anak mereka.

1. Datuk Nora Ariffin

Putri Nor Dahlia Johan merupakan anak gadis kepada Datuk Nora Ariffin dan baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-17 pada bulan Disember yang lalu. Putri Dahlia juga baharu sahaja menghabiskan peperiksaan SPM 2021 dan bakal memasuki dunia kolej tak lama lagi. Putri Dahlia mewarisi bakat nyanyian ibunya dan kerap berkongsi klip nyanyiannya di laman media sosialnya.

Foto: Instagram @itsnoraariffin

Foto: Instagram @itsnoraariffin

Foto: Instagram @itsnoraariffin

2. Datuk Ziela Jalil

Dr. Puteri Julia Nabilah Tan Sri Megat Junid puteri sulung Datuk Ziela Jalil merupakan seorang doktor. Telah mendirikan rumah tangga dengan Dr. Dziya Faqhran Mahmod Fauzi, pada 1 Julai 2018 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Tun Alayna Zeeya dan Tun Ameena Zeeya.

Foto: Instagram @zielajalil
Foto: Instagram @zielajalil
Foto: Instagram @zielajalil

3. Datin Seri Noniswara Al Sheikh

Nur Erysha Emyra Zakaria baharu sahaja berusia 23 tahun dan merupakan anak kepada Dramatis Datin Seri Noniswara. Mempunyai 62.7 ribu orang pengikut di laman Instagram. Terbukti anak kepada Datin Seri Noniswara beauty with brains bila mendapat keputusan cemerlang, 9A dalam peperiksaan SPM. Anak gadis Datin Seri Noniswara merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki.

Foto: Instagram @noniswara
Foto: Instagram @noniswara
Foto: Instagram @noniswara

4. Datin Suliza Salam

Kedua-dua anak gadis Datin Suliza Salam bukan sahaja mewarisi kejelitaannya malah turut memiliki ‘mata kucing’ yang menjadi jolokan buat penyanyi ini. Izzati Zainal Nazeri dan Falahi Zainal Nazeri masing-masing cemerlang dalam SPM serta telah melanjutkan pengajian dalam bidang perniagaan dan artitek. Kini masing-masing sudah berkahwin dan bahagia dengan pasangan. Seorang lagi anak lelaki Datin Suliza iaitu Ismail Izzani yang merupakan seorang penyanyi terkenal tanah air.

Foto: Instagram @sulizasalam
Foto: Instagram @sulizasalam
Foto: Instagram @sulizasalam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : Nona

Previous articleBetty Rahmad Khatam Al-Quran, Nabila Huda Luah Rasa Syukur – “I’m Happy For You Sahabat Ku…”
Next articleKita Semua Tahu Chef Wan Ni Kaya, Tapi Mesti Ramai Masih Belum Tengok Banglo Mewah Miliknya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here