Home Petua Tips “Anak saya tak menipu” sekali ibu mangsa dedah kelakuan PU Azman di...

“Anak saya tak menipu” sekali ibu mangsa dedah kelakuan PU Azman di mahkamah

334
0

“Anak saya tak menipu” sekali ibu mangsa dedah kelakuan PU Azman di mahkamah

KUALA LUMPUR PERBICARAAN hari pertama kes gangguan seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman hangat apabila ibu kepada salah seorang mangsa mendedahkan pendakwah itu pernah meminta anak lelakinya melumur minyak dan melakukan perkara tidak senonoh berkenaan.

Tampil sebagai saksi ketiga perbicaraan di Mahkamah Seksyen Seremban pada petang Isnin, wanita itu memberitahu bahawa dia mengetahui perkara itu selepas diceritakan sendiri oleh anaknya.

“Anak saya cakap dia tak menipu. Dia duduk di ruang tamu kemudian Azman suruh ambil minyak di bilik tingkat atas rumah. Dia mintak sapukan minyak kepada bahagian sul*t sebelum minta memasukkan kepadanya…” – Ibu Mangsa

Saksi pendakwa itu membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Surita Budin yang mendengar kes berkenaan. Ibu mangsa, 45, bagaimanapun tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang diperkatakan oleh anaknya kerana ketika itu pengakuan dibuat dalam keadaan terkejut.

“Anak saya kata nak pergi rumah Azman saja-saja. Dalam perbualan Whatsapp dia nak jadikan anak saya sebagai anak angkat. Mulanya saya tidak percaya sebab Azman seorang selebriti, tetapi anak saya meyakinkan untuk pergi ke rumah Azman…” – Katanya

Tambahan pula, selepas menceritakan kejadian sebenar pada Ogos lalu, anaknya mula berhenti sekolah kerana berasa tertekan.

“Dia tidak benarkan masuk ke dalam biliknya. Dia kata tertekan dan minta jangan diganggu…” – Katanya lagi

Ibu bapa dan mangsa tampil sebagai saksi kedua serta ketiga di hari pertama perbicaraan. Pada 12 Oktober yang lalu, PU Azman didakwa atas lima tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Febuari dan Julai tahun lalu.

Sumber: Instagram,astro awani

PERHATIAN: Pihak newscoviral tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Previous article‘Sudah lama menunggu’ perkongsian Ira Kazar tarik perhatian netizen
Next article“Lepas ni jangan banyak tanya,I ada hak sebagai suami” Shuib buat hal dengan Watie

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here