Home Petua Tips Angka Makin Meningk4t, Kini Lebih 58 Ribu Orang Sign Petisyen Mahu Neelofa...

Angka Makin Meningk4t, Kini Lebih 58 Ribu Orang Sign Petisyen Mahu Neelofa Dipenj4ra!

55
0

Setakat artikel ini ditulis, sebanyak 58,237 orang sudah mengambil serta dalam petisyen yang mahu tindakan tegas diambil kepada selebriti tempatan Neelofa agar dia dipenjarakan. Rata-rata rakyat Malaysia seakan sudah tekad dan bersetuju dengan ‘dipenjara’ sebagai hukuman kepada beberapa kontroversi Neelofa yang timbul baru-baru ini.

Petisyen bertajuk ‘Langgar SOP: Penjarakan Neelofa Segera’ diwujudkan sejak dua hari lalu dan menurut laporan Kosmo, angka terkumpul adalah sebanyak 56,815 setakat jam 930 pagi tadi. Bayangkan dalam masa beberapa jam, angka terus meningkat dengan mendadak dan sehingga jam 12 tengahari ini, ia sudah mencecah 58 ribu sokongan.

Sasaran utama petisyen tersebut adalah untuk mencapai sejumlah 75,000 sokongan orang ramai agar tindakan undang-undang lebih berat dikenakan terhadap Neelofa.

Antara kandungan maklumat di dalam petisyen tersebut adalah kesalahan-kesalahan melanggar SOP yang telah beliau dan keluarga beliau telah lakukan:

  1. Majlis Perkahwinan Neelofa & PU Riz di Grand Hyatt – Mac 2021 (tindakan telah diambil)
  2. Honeymoom di Langkawi – Mac 2021 (tiada tindakan undang-undang diambil)
  3. Rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan tanpa sebab kukuh, sebaliknya ke kedai carpet – Mei 2021 (tiada tindakan undang-undang dikenakan)
  4. Neelofa dan seluruh ahli keluarga berkumpul di rumah ketika hari raya Aidilfitri – Mei 2021 (langgar SOP Aidilfitri, tiada tindakan undang-undang diambil)

Petisyen tersebut juga mendesak Kerajaan Malaysia & Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan agar Neelofa segera dipenjarakan tanpa kompromi sebagai isyarat jelas kepada Kerajaan untuk tidak amalkan undang-undang double standard kepada VVIP & orang kenamaan.

Terbaru, Neelofa dan suami Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz hanya didakwa atas pertuduhan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon, sebelum memasuki sebuah kedai karpet, di Nilai, awal bulan ini.

Sementara itu, PU Riz turut didakwa tidak memakai pelitup muka di kedai berkenaan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Jun depan. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling manakala pasangan itu diwakili peguam Haresh Mahadevan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Previous articleDah Elok Jadi Pegawai Bank Tapi Berhenti Kerja Untuk Urus Warung -“B0doh, Tak Fikir Panjang”
Next articleKamal Adli Bangga Miliki Wajah Seiras Bakal Isteri, Uqasha Senrose Nafi Rupa Sama H0doh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here