Home Petua Tips Anuar Zain Bakal Ganti Ernie Zakri Nyanyi Boneka Di AJL36? Ini Jawapan...

Anuar Zain Bakal Ganti Ernie Zakri Nyanyi Boneka Di AJL36? Ini Jawapan Tuan Empunya Badan…

68
0

Ramai berteki-teka, siapakah yang bakal menggantikan penyanyi Ernie Zakri bagi menyampaikan lagu Boneka di pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) bulan Mac depan.

Hal ini kerana, Ernie kini sarat meng4ndung dan hanya membilang hari untuk melahirkan anak sulungnya dan masih belum mended4hkan siapakah yang bakal menggantikannya.

Bagaimanapun, menerusi tinjauan media sosial, ada segelintir peminat yang mencadangkan ibu saudara Ernie, Ziana Zain serta bapa saudara Ernie, Anuar Zain untuk menggantikan penyanyi itu.

Justeru, Gempak yang berkesempatan bertemu dengan Anuar Zain baru-baru ini sempat bertanya adakah dia bakal menggantikan Ernie nanti.

“Bagi saya Boneka merupakan lagu yang sangat menarik. Saya sendiri tak tahu siapa yang dipilih untuk menggantikan Ernie.

“Saya sendiri belum tahu siapa ganti, tetapi setakat ini memang bukan saya. Jika ada tawaran untuk ganti pun, saya tak tahu nak kata apa sebab lagu Boneka ini sangat susah.

“Mungkin ramai yang ingat lagu tu mudah, tapi susah. Saya sendiri berharap Ernie berjumpa dengan pengganti yang bagus,” katanya.

Anuar ditemui di sidang media Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta di Pullman Bangsar, Kuala Lumpur.

Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta bakal diadakan 5 Mac 2022 di Ipoh International Convention Centre, IICC bermula pukul 8.30 malam.

“Acara ini menghargai dan menyalurkan bantuan kepada anggota barisan hadapan atau frontliners yang terkorban ketika menjalankan tugas sepanjang wab4k melanda dan juga menghargai penggiat seni tempatan yang terkesan akib4t pandem1k CVDI9.

“Majlis makan malam amal anjuran bersama Bond Holdings Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Sycal Ventures Berhad in bertujuan untuk berhibur sambil beramal,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :  http://www.sinarviral.com/

Previous articleBudak darjah 2 bercinta? Kelas tak masuk tapi rancak di grup WhatsApp Single & Taken, wanita ini ser4m tengok chat murid sekolah rendah
Next article“Macam Kau Sorang Berlaki..” Pakaikan Stokin Suami, Ada Netlzen Mula ‘SakltMata’ Dengan Heliza Helmi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here