Home Petua Tips Anzalna Dah Tahu J4ntina Anak Tapi Nak Rahsi4kan Dulu – “Saya Nak...

Anzalna Dah Tahu J4ntina Anak Tapi Nak Rahsi4kan Dulu – “Saya Nak Beri Surprise Kepada Family!”

67
0

Memasuki usia kehamilan lapan bulan, pelakon cantik Anzalna Nasir masih belum bersedia untuk berkongsi jantina bayi yang dikandungnya.

Jelas Anzalna, 34, dia mahu memberikan kejutan buat keluarga dan teman rapatnya kelak.

“Alhamdulillah, kandungan sudah memasuki lapan bulan. Saya bukan nak rahsiakan tetapi ini adalah rezeki dan ia merupakan kandungan kedua saya. Bercakap mengenai jantina, semestinya saya dah tahu tapi saya rahsiakan untuk memberi ‘surprise’ kepada keluarga dan kawan rapat.

“Anak saya yang pertama, Eidrees juga pun sudah faham yang dia bakal mendapat adik. Suami pula tak bagi saya bekerja, dia mahu saya duduk di rumah tetapi saya agak degil. Selepas saya pujuk, dia memberikan kebenaran untuk saya menjayakan beberapa kempen.

“Syukur kerana selepas bertudung dan hamil anak kedua, banyak rezeki masuk. Tetapi saya memilih mengikut kesesuaian dan menerima tawaran yang benar-benar berbaloi,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Anzalna baru dilantik sebagai wajah kempen Rantaian Kasih Habib sempena sambutan Syawal tahun ini bersama ibunya, Azlina Jahaya dan pempengaruh, Erin Adlina.

“Ini merupakan kolaborasi kedua bersama Habib. Sebelum menerima tawaran ini, saya tanya dulu, betul ke nak ambil ibu hamil ni sebagai duta? Saya sangat terharu dan gembira dapat peluang ini.

“Ketika penggambaran untuk kempen ini diadakan baru-baru ini, kandungan baru memasuki lapan bulan dan saya tak rasa penat langsung kerana benar-benar ‘enjoy’ dengan koleksi mereka yang cantik-cantik,” ujarnya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Gempak

Previous articleTak Belajar Tinggi, Ayu Raudhah Tak Beralah Berniaga Baju Raya Pula – “Saya Tak Malu Tapi Lagi Bangga …”
Next articleTerima lebih 300 anugerah, Siti Nurhaliza tersenarai Top 100 Most Awarded Musician of All-Time… Netizen teruja dapat kalahkan Celine Dion

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here