Home Petua Tips Sama Ada PKP Diperketatkan Semula, atau Ditamatkan, Akan Diket4hui Dlm Masa Terdekat

Sama Ada PKP Diperketatkan Semula, atau Ditamatkan, Akan Diket4hui Dlm Masa Terdekat

227
0

Daerah Rembau di Negeri Sembilan kembali diletakkan dalam Zon Merah selepas menyaksikan peningkatan kes COVID-19 mendadak, semalam.
Peningkatan itu berikutan satu kluster baharu membabitkan pekerja sebuah kilang di Pedas.

Rembau pernah diisytihar lokasi Zon Mer4h pertama yang bebas daripada wbak itu selepas mencatatkan sifar kes aktif pada 20 April lalu.

Bagaimanapun, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), daerah berkenaan mencatatkan 59 kes positif COVID-19 setakat 12 tengah hari semalam.

Infografik CPRC yang dikongsi melalui media sosial rasmi Kementerian Kesihatan (KKM), jumlah keseluruhan Zon Merah di seluruh negara meningkat kepada 11 daerah.

Lokasi Zon Merah lain adalah Kuala Lumpur dengan 144 kes, Batu (101), Kuching (100), Gombak (80), Kampung Baru (67), Hulu Langat (55), Petaling (53), Kluang (49), Sri Petaling (45) dan Kota Samarahan (43).

Selain itu, jumlah keseluruhan Zon Hijau pula kekal 113 daerah.

Bilangan kumulatif kes positif seluruh negara semalam adalah 6,535 kes dengan 1,564 kes aktif.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, kluster Pedas yang dimaklumkannya pada 2 Mei lalu membabitkan pekerja kilang di Pedas, sudah menjangkiti 60 individu.

Beliau berkata, kluster itu mula dikesan apabila seorang kakitangan kilang itu didapati tidak sihat dan mula mengalami gejala demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sakit kepala pada 5 April lalu.

Adakah PKP Akan Diperketatkan Semula?

Sejak bulan Mac lalu, kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

Pelaksanaan ini memerlukan kerjasama dari keseluruhan masyarakat untuk mematuhinya supaya ia boleh berjaya.

Selepas sebulan lebih rakyat Malaysia menjalani tempoh PKP ini dari satu fasa ke satu fasa yang lain, nampaknya kurang dari 72 jam lagi kita semua bakal mengetahui adakah ia akan berakhir.

Atau mungkinkah ia akan disambung dengan sedikit kelonggaran? Semua itu perlu menunggu pengumuman rasmi dari Perdana Menteri atau pun Menteri Kanan.

Memasuki hari ke-53 pelaksanaan PKP ini, fasa terbaru diumumkan sebelum ini adalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mana sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi dengan syarat-syarat tertentu.

Sedikit kelonggaran buat keseluruhannya, namun saban hari orang ramai turut diingatkan ‘kita masih belum menang’.
Sejak dua hari lalu angka kem4tian mngsa Covid-19 mencatatkan sifar dan kes baru masih dua angka.

Satu berita yang kiranya membuatkan rasa lega namun tetap belum ada penawarnya.

Menerusi laporan Berita Harian, penularan wabak Covid-19 ini perlu dipandang serius kerana ia melibatkan nyawa rakyat.

Biarpun kelonggaran sektor ekonomi dibuka, orang ramai sentiasa dinasihatkan untuk menjaga jarak sosial 1 meter, menjaga kebersihan diri dan lain-lain lagi.

Elakkan keluar rumah jika tiada urusan penting dan hindari dari mengunjungi premis sesak akan menjadi norma kehidupan baru kita biarpun PKP tidak lagi dilanjutkan.

Ingat, kita masih belum menang biar apa pun keputusan PKP yang bakal diumumkan nanti.

Apa Jadi pada Putrajaya dan Jasin

Putrajaya dan Jasin kini dikategorikan sebagai kawasan zon merah penularan COVID-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan zon merah sebanyak 21 kawasan berbanding sebelum ini 18 kawasan.

Infografik yang yang dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) mendedahkan Putrajaya sehingga jam 6 petang semalam mencatatkan 41 kes, manakala Jasin (42) dan Rembau (41).

Sesebuah kawasan boleh dikategorikan sebagai zon merah apabila ia mencatatkan lebih 41 kes.

 

Kes yang direkodkan mengikut negeri

Sebelum ini, Putrajaya merekodkan 37 kes, Jasin sebanyak 38 kes dan Rembau sebanyak 40 kes.

Kawasan zon merah lain adalah Petaling yang merekodkan 296 kes, Hulu Langat (324), Gombak (110), Klang (112), Seremban (162), Batu Pahat (47), Johor Bahru (145), Kluang (170), Jerantut (61), Kota Bharu (82), Hilir Perak (65), Kinta (87), Kuching (174) dan Tawau (67).

Selain itu, bagi kawasan yang dikategorikan sebagai zon jingga pula ialah Kuala Selangor dengan 30 kes, Sepang (39), Kuala Langat (22), Hulu Selangor (27), Alor Gajah (25), Melaka Tengah (33), Kulai (24), Muar (30), Kuantan (36), Pekan (23), Besut (29), Dungun (27).

Turut dikategorikan zon jingga ialah Kota Setar (24), Kuala Muda (33), Seberang Perai Tengah (37), Timur Laut (27), Kota Samarahan (36), Kota Kinabalu (34) dan Lahad Datu (38).

Bagi zon hijau pula sebanyak 28 kawasan masih mengekalkan tiada kes sehingga ini iaitu tiga di semenanjung dan kawasan lain di Sabah dan Sarawak.

Sehingga kini, seramai 3,793 pesakit COVID-19 yang dilaporkan positif dengan 62 kematian dicatatkan serta 1,241 kes sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang.

Kluster terbaru pula dikesan FMT 9May 2020

Kementerian Kesihatan memaklumkan 1 kluster baru dikesan melibatkan pekerja warga asing di Setia Alam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster itu dikesan pada 6 Mei 2020, apabila menerima notifikasi dari sebuah hospital swasta.

“Hospital tersebut menjalankan saringan Covid-19 ke atas pekerja-pekerja yang bakal kembali bertugas dan mendapati 3 kes disahkan positif Covid-19 daripada 5 orang pekerja yang disaring.

“Ketiga-tiga kes positif tersebut merupakan warga Bangladesh yang berkongsi tempat kediaman yang sama dengan 18 orang lain,” katanya.

Hisham berkata, susulan itu siasatan dan saringan bagi kontak rapat ketiga-tiga kes terbabit dijalankan.
Katanya, sehingga hari ini, seramai 28 orang disaring untuk Covid-19.

“Daripada jumlah keseluruhan ini, 12 kes didapati positif di mana semua kes-kes ini merupakan warganegara Bangladesh.

“9 kes pula didapati negatif dan 7 kes masih menunggu keputusan.

“Punca jangkitan kluster ini juga masih dalam siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, Hisham berkata sehingga hari ini, seramai 28 kes baru didapati positif Covid-19 melibatkan warga pekerja di sebuah kilang di Pedas, Negeri Sembilan.

Katanya, ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 88 kes.

“Kes-kes positif kluster ini melibatkan 81 kes bukan warganegara iaitu, 33 kes warga Nepal; 26 kes warga Bangladesh; 11 kes warga Indonesia dan 11 kes warga Myanmar.”

Kredit

Previous article“Kami selesa dgn TSMY…” – Netizen tolak ‘Usul Tak Pecaya PM’ selagi Covid-19 belum reda
Next articleBaru selesai urusan di Balai Polis. Mengejvtkan Abu Syafiq umum bersara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here