Home Petua Tips “Ayah Seorang Happy G0 Lucky, Jadi Saya Perlu Bertind4k Begitu” Netizen Kec4m...

“Ayah Seorang Happy G0 Lucky, Jadi Saya Perlu Bertind4k Begitu” Netizen Kec4m Wanita Tepuk Tangan Selepas Keluarga Dijngkiti C0vid-19

58
0

Sekiranya disahkan positif Cov1d-19 selepas membuat ujian saringan, seseorang itu pasti akan bimbang mengenai tahap kesihatan dan kesan akibat jangkitan virus tersebut.

Namun, berbeza dengan situasi seorang wanita ini apabila netizen mendakwa dia bangga selepas mengetahui keputusan ujian swab dimana dirinya dan beberapa ahli keluarga disahkan positif Cov1d-19.

Video aksi ‘gembira’ itu dimuat naik oleh seorang pengguna laman Twitter, @sasorikageyoshi yang memaparkan tangkap layar daripada InstaStory wanita berkenaan.

https://twitter.com/sasorikageyoshi/status/1398633177481039873?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1398633177481039873%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.motifviral.dnqj.my%2F2021%2F05%2F31%2Fayah-seorang-happy-g0-lucky-jadi-saya-perlu-bertind4k-begitu-netizen-kec4m-wanita-tepuk-tangan-selepas-keluarga-dijngkiti-c0vid-19%2F

“Orang lain tengah bersedih, stress sebabkan Covid-19. Tapi ada sampah yang bangga positive Covid-19 siap tepuk tangan kongsi di InstaStory,” tulis @sasorikageyoshi.

Rakaman tangkap layar berdurasi satu minit itu juga memperlihatkan dua warga emas dipercayai ibu bapa wanita itu ketika melakukan ujian swab di dalam kereta secara pandu lalu selepas disyaki dijangkiti virus Cov1d-19.

“Kami semua suspek Covid-19 gais, aku tak tahu nak suka atau menangis dah ni,” tulis wanita berkenaan dalam loghat Kelantan.

Selepas memperoleh semua keputusan ujian swab, wanita itu seolah-olah ‘meraikannya’ dengan bersorak dan bertepuk tangan sambil merakam reaksi orang tuanya di tempat duduk belakang.

Berikutan itu, rata-rata warganet ‘bingung’ dan mempersoalkan tindakan ‘happy go lucky’ wanita itu sehingga posting tersebut diulang kicau hampir 3,700 kali.

Walau bagaimanapun, ada juga tangkap layar dipercayai penjelasan wanita tersebut yang mendakwa dia bertindak sedemikian kerana mahu menceriakan dan mewujudkan semangat positif untuk orang tuanya.

 

Sumber: Twitter @sasorikageyoshi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Previous articleDed4h pinggang size 25, cantiknya Amyra Rosli jadi bualan ramai
Next articleNetiz3n Slndlr Adeline Tsen Pakaian Terlalu Menj0l0k Mata,Sekali Benda Lain Pulak Jadi Tumpuan Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here