Home Petua Tips “Saya Sebenarnya Dah Hadap Lama,Hingga Jadi Jemu Dan Mu4k” – Hana Azraa...

“Saya Sebenarnya Dah Hadap Lama,Hingga Jadi Jemu Dan Mu4k” – Hana Azraa Isteri PU Abu

395
0

“Kami dah bawa haluan masing-masing”. Demikian jawapan ringkas isteri (Pencetus Ummah) PU Abu, Hana Azraa menerusi Insta Storiesnya apabila ada yang bertanya menerusi ‘Ask Me A Questions’ di Instagram.

 

Menerusi laporan Harian Metro, Hana akui bahawa kemelut rumah tangga bersama Abu agak goyah.

“Berkaitan hubungan di hujung tanduk, apa yang boleh saya cakap ialah kami bagi kedua belah pihak sudah sepakat nak bawa haluan masing-masing.

“Dah tak boleh nak diteruskan lagi kot dan lebih baik bawa haluan sendiri. Jodoh kami tak lama, sebab dah tak ada persefahaman,” katanya seperti dipetik.

Malah, Hana atau nama penuhnya Nurhannah Azra Mohd Zakir, akui sudah lali dengan sikap Abu.

“Isu dihadapi kami ini, sejujurnya bukan baru lagi. Saya dah hadap lama hingga jadi jemu dan muak.

“Untuk saya terus bertahan lama-lama pun rasanya tak perlu lagi. Tak boleh menjana apa-apa pun untuk saya dan anak-anak. Lebih baik, kita bangun je la,” katanya tegas.

Sementara itu, menerusi Insta Stories wanita berkenaan, dia turut berkongsi bahawa ketika melahirkan anak pada 1 Februari lalu, Abu tidak ada disisinya.

“Fokus nak bersalin sahaja. Selawat dan zikir banyak-banyak. Insyaallah dan Alhamdulillah Allah permudahkan,”

balasnya apabila netizen bertanyakan soalan.

 

 

Malah, Hana kini mahu meneruskan kehidupan seperti biasa dan fokus pada perniagaannya sahaja.

“Forgive, forget, forward.

“Lepas ni Hana akan lebih fokus pada busniess skincare Hana semula. Nak lebarkan lagi empire yang dah terbiar hampir setahun.

“Apa pun pang paling utama Hana nak fokus dan bangkit semula demi kehdiupan kedua-dua orang anak. Insyallah,” tulisnya.

 

 

Terdahulu, pada April tahun lalu Abu jadi perhatian warganet kerana berkahwin lain ketika bekas isteri sarat hamil.

Hana dikatakan punca sehingga k0nflik tercetvs di antara Abu dan Ain selesai pada 16 Mei tahun lalu apabila bercer4i talak kedua.

Hasil perkahwinan hidup Abu dan Ain, mereka dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar, 8 bulan.

 

 

Foto  : Instagram Hana Azraa,

Sumber : Harian Metro via MH

Previous article“Rasa Terhin4 Kan” – Kemelut DSV Dan Diva Azwan Ali, Aishah Muncul Tiba Tiba Dengan Ayat Ped4s
Next articleMacam Mimpi Rasanya Kahwin Wanita Itali, Lelaki Terengganu Dedah Macam Mana Dia Mula MuIa ‘Ayat’ Isterinya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here