Home Petua Tips 2 k0rban lagi baharu C0v-19, meningkat 6 orang

2 k0rban lagi baharu C0v-19, meningkat 6 orang

191
0

JAWATANKUASA Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaporkan dua lagi kematian akibat kor0navirus baharu (C0v-19), menjadikan jumlah mngsa terk0rban wabak seramai enam orang dalam negara.

Dalam kenyataannya, JPBNS menjelaskan dua korban itu membabitkan ibu dan anak perempuan dari satu keluarga yang sama, masing-masing berusia 79 dan 40 tahun.

Katanya, mangsa pertama keluarga itu meninggal dunia pada 2 pagi pada Rabu lalu (18 Mac), manakala mangsa kedua meninggal pada 1 petang, hari ini.

“Seorang lagi ahli keluarga ini masih dalam rawatan di Hospital Umum Sarawak di Kuching dan memerlukan bantuan pernafasan mekanikal.

“Pelaporan kes kematian yang pertama akibat C0v-19 dari keluarga ini lambat diterima dari hospital swasta yang merawat kes kerana menunggu keputusan ujian makmal yang dihantar ke makmal swasta di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan itu, hari ini.

Sarawak hari ini mencatatkan pertambahan 10 lagi kes baharu Positif C0v-19, menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 68 kes sejak pertama dilaporkan pada 13 Mac.

Dua kes baharu dirawat di Hospital Umum Sarawak, lima kes di Hospital Sibu, dua di Hospital Bintulu, manakala seorang meninggal dunia di Kuching semasa keputusan ujian pengesahan diperoleh.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak menyeru semua fasiliti kesihatan dan perubatan swasta agar melaporkan semua kes disyaki dan disahkan C0v-19 kepada Pejabat Kesihatan Bahagian yang berhampiran dengan kadar segera agar tindakan kawalan boleh dilakukan.

Sumber : hmetro

Previous article“Jangan Sampai Saya Bertukar Jadi Macam Azwan Ali” – P0lis Hilang Sabar
Next articleKem4tian C0v 19 Yang ke Tujuh,Anak Umum Ayah Meningg4l Dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here