Bakal menamatkan zaman janda pada 15 Januari depan, pelakon veteran Mak Wan Latah meluahkan rasa syukur apabila diberi rezeki untuk menunaikan umrah buat kali kedua
Berangkat ke Tanah Suci malam tadi, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud berkata dia mahu fokus dalam melakukan ibadah walaupun sedang dalam persiapan menanti hari bahagia.
“Alhamdulillah, akhirnya saya dan adik dapat tunaikan ibadah umrah. Ini merupakan kali kedua saya menunaikan umrah, jadi dah tahu apa yang sepatutnya dibawa.
“Memang tak dapat nak gambarkan bagaimana perasaan saya apabila diberi peluang sekali lagi untuk ke sana. Saya ni pend0sa, seorang yang tak sempurna tapi mungkin Allah mendengar doa saya,” katanya.
Berkongsi cerita mengenai persiapan hari bahagianya, pelakon berusia 60 tahun itu berkata dia dan bakal suami merancang untuk mengadakan majlis pernikahan secara sederhana di kampung halamannya, di Ipoh, Perak.
“Saya buat ala kadar sahaja, lagipun sudah berumur, t4kut apa pula orang kata nanti. Tak boleh buat apa-apa sangat kerana masih terikat dengan beberapa pengambaran selepas itu,” katanya.
Sumber:Rotikaya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.dnq.pw/