Home Petua Tips Bapa mvntah, terduduk di tandas sebelum sahur… esoknya hembus n4fas terakhir! Anak...

Bapa mvntah, terduduk di tandas sebelum sahur… esoknya hembus n4fas terakhir! Anak ralat tak dapat berbuka sama walau tarikh dah ada

86
0

Pemergian ayahanda tercinta ke negeri abadi pada 5 Ramadan menjadi dvugaan terbesar dalam hidup jejaka ini.

Menurut Muhammad Ilman Danie, 22, dia sekeluarga masih berdvka dengan kehilangan itu, tambahan pula Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi.

Bapanya, Mohd Isamani Mohamed, 52, tiba-tiba j4tuh s4kit menjelang subuh pada Rabu lalu sebelum disahkan men1ngg4l dvnia di h0spital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor pada Khamis.

Ketika dihubungi mStar, anak kedua daripada enam beradik itu sempat bercerita lanjut mengenai pemergian bapanya yang disifatkan berlaku secara mengejut dalam masa yang cukup singkat.

“Pada 6 April, ayah bangun dalam pvkul5 pagi untuk bersahur. Masa tu, dia ke tandas dan tiba-tiba pengs4n, tapi dia sedar dengan sendiri. Tak pasti berapa minit dia pengs4n.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Selepas itu mak nampak ayah terduduk kat tandas dan dia mvntah-mvntah. Terus mak saya mesej dalam group WhatsApp mengenai kejadian itu. Pada pagi tu, ayah jadi tak boleh bernafas kalau dia duduk. Jadi dia terp4ksa berdiri.

“Selepas dibawa ke klinik, ayah dinasihatkan agar dibawa ke h0spital. Doktor maklumkan pada mak bahawa j4ntung ayah dah krit1kal, tapi dia masih boleh bertahan. Jadi dia diletakkan dalam zon krit1kal. Kalau dia stabil, ayah akan dibawa ke Insitut Jantung Negara (IJN).

danie2

Suasana Ramadan dan Syawal kali ini pastinya berubah tanpa kehadiran arw4h bapa.

“Tapi keadaan ayah masih tak stabil sehingga perlu diberi bantuan pernafasan (CPR) beberapa kali. Dalam pvkul3 pagi pada 7 April, ayah dipindahkan ke Unit r4watan Rapi (ICU). Dalam 8.42 pagi, kami dimaklumkan yang ayah dah tiada,” imbasnya seb4k.

Senang disapa Danie, dia memaklumkan jenazah bapanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, sekitar pvkul3 petang hari yang sama.

Lepas ni siapa lagi yang nak kejutkan kami? Susah nak percaya, rasa macam mimpi.

DANIE

Menurut penuntut bidang Seni Bina di sebuah kolej di ibu negara itu, dia hanya sempat bertemu dengan bapanya pada Rabu, sejurus dia dimasukkan ke HTAR.

Lebih p1lu kata Danie, dia yang berada di kolej sejak awal Ramadan tidak sempat untuk berbuka puasa dengan arw4h pada tahun ini, sekali gus meninggalkan memori yang cukup per1t buatnya.

“Pada hari ayah masuk h0spital, saya ada kelas. Selepas Zohor, saya tergerak hati untuk balik dan terus bergegas ke h0spital. Saya sempat jumpa masa ayah masih sedar. Dia tak sempat cakap apa-apa, saya hanya bersalam dan kami pandang mata masing-masing.

danie3

Foto kenangan mereka sekeluarga.

“Bila dapat tahu ayah men1ngg4l, saya memang susah nak percaya sebab dia orang yang sihat dan jaga pemakanan. Saya berpuasa di kolej sejak hari pertama Ramadan, saya rancang nak balik berbuka dengan keluarga pada 16 April depan.

“Sed1h sebab tak sempat berbuka dengan ayah tahun ni. Biasanya dia yang selalu call dan kejutkan untuk bersahur. Lepas ni siapa lagi yang nak kejutkan kami? Susah nak percaya, rasa macam mimpi,” ujarnya lagi.

Menurut Danie, kenangan membeli juadah berbuka dengan arw4h serta riuh-rendah makan semeja dengan keluarga kini hanya tinggal kenangan.

danbie5

Danie tidak berpeluang berbuka dengan bapanya Ramadan tahun ini.

Malah katanya, suasana Ramadan dan Syawal pastinya berubah tanpa kehadiran Allahyarham di sisi pada tahun ini.

“Seronok dapat berbuka satu meja dengan semua ahli keluarga. Rindu nak duduk lengkap sekeluarga dalam satu meja. Setiap kali pergi bazar, arw4h suka murtabak daging. Raya tahun ni tak tahulah nak pakai baju macam mana. Recycle yang tahun lepas pun tak kisah,” ujarnya lagi.

Kisah s4yu Danie yang kehilangan bapa tercinta pada 5 Ramadan tular menerusi TikTok.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah, tak kurang juga yang memohon agar Danie sekeluarga diberi kekuatan untuk menghadapi kehilangan tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber ://www.sinarviral.kini.blog/

Previous articleDaiyan Trisha Tunai Umrah Bersama Keluarga – “Tempat Yang Saya Tak Pernah Pergi, Tetapi Saya Terlalu Rindukannya
Next articlePertama Kali Beraya Tanpa Emak, Amy Search Rindu Memori Lebaran Bersama Orang Tua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here