Home Petua Tips Bapa paling gembira anak dapat masuk MRSM siap buat kenduri, akhirnya men4ngis...

Bapa paling gembira anak dapat masuk MRSM siap buat kenduri, akhirnya men4ngis kec3wa tak dapat hantar akib4t kemal4ngan

105
0

BERITA kejayaan anak terpilih untuk menyambung pengajian di sekolah berasrama sudah pasti menggembirakan setiap ibu bapa.

Tapi sudah jadi kebiasaan apabila hari yang dinanti-nantikan tiba, berat hati ibu bapa untuk melepaskan anak hidup berdikari di asrama.

Situasi sama terjadi kepada Zulkfli Mohamad, 39, yang mana video dia sedang menangis sambil memelvk anak perempuannya Damia Syifa, 13, yang akan masuk ke sekolah berasrama viral di TikTok.

IMG_1580

Ketika dihubungi mStar, Syafira Eira, 30, yang merupakan adik ipar kepada lelaki ini memperincikan kisah di sebalik video tersebut.

“Anak saudara saya dapat beberapa panggilan sekolah berasrama tapi dia pilih untuk ke MRSM (Maktab Rendah Sains Mara). Ayah dia paling teruja apabila dengar berita tu sampai tempah makanan untuk sedekah kepada saudara mara, jiran dan rakan tempat kerja.

“Tapi tiga hari sebelum Ramadan lalu, abang ipar kemal4ngan jalan raya masa nak pergi tempat kerja. Kereta yang nak masuk simpang tiba-tiba berhenti mengejut, abang ipar tak sempat nak elak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Eira bersama anak saudaranya, Damia Syifa.

“Dia terl4nggar belakang kereta sampai terpelanting. Tulang bahagian paha dia pat4h. Abang ipar terp4ksa dapatkan raw4tan dekat hospital masa bulan puasa,” imbasnya yang senang disapa Eira.

Bercerita lanjut, Eira berkata, selepas kemalangan tersebut abang iparnya mula gelisah kerana memikirkan nasib tidak dapat menghantar anaknya ke MRSM yang mana pendaftarannya dijadualkan pada 11 April.

Malah, lelaki tersebut yang bekerja di klinik pergigian di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu ini meminta agar doktor mempercepatkan proses dan tarikh memasukkan besi pada bahagian tulang yang pat4h.

Begitulah kasih seorang ayah… tegas dalam mendidik tapi apabila melibatkan momen macam ni dengan anak, gugvrlah air mata dia.

SYAFIRA EIRA

“Anak saudara dah nak masuk asrama jadi bapa dia mula runsing sebab masih dekat hospital jadi dia minta doktor masukkan besi cepat sikit supaya boleh pulang untuk tengok anak dia masuk asrama. Nasib baik permintaan dipertimbangkan oleh doktor jadi dia sempat jumpa anaknya.

“Masa hari anaknya nak masuk ke sekolah, ayah dia nampak sedih dan down sangat. Mungkin teringat kenangan dengan anak sendiri yang tak pernah berpisah sejak kecil. Apabila anak dah besar kena belajar berdikari masuk asrama pula.

IMG_1581

Abang ipar Eira tidak mampu menahan sebak tatkala melepaskan anaknya ke asrama.

“Lagipun mungkin dia sedih sebab tak dapat hantar sendiri. Momen penting macam ni dia tak boleh nak rasai sebagai bapa hantar anak pergi ke MRSM. Anak dia tak nak tunjuk sedih depan ayah walaupun nampak daripada wajah tu nak nangis apabila tengok ayah menangis,” kata Eira sambil menambah dia sendiri menghantar Damia Syifa ke MRSM bersama ibunya.

Perkongsian Eira di TikTok ternyata mengundang seb4k para warga maya.

Tidak menyangka perkongsiannya menerima pelbagai reaksi di ruangan komen, dia menyatakan bahawa momen tersebut hanyalah untuk simpanan peribadi sahaja.

IMG_1578

Perkongsian Eira di TikTok mengundang seb4k warga maya.

“Apabila tengok abang ipar menangis tu buatkan saya rasa sedih pula jadi saya pun terus rakam situasi tu. Saya pun tak nak menangis seorang diri jadi saya kongsikan dekat TikTok.

“Tapi apa yang boleh saya katakan, begitulah kasih seorang ayah. Dia tegas dalam mendidik tapi apabila melibatkan momen macam ni dengan anak, gugvrlah air mata dia.

“Saya simpan video tu dekat media sosial supaya tersemat kenangan anak saudara saya tu tak hilang andai kata telefon saya rosak. Biar dia semangat nak belajar apabila tengok video tu dan ingat memori tu sampa bila-bila,” jelas Eira lagi.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mstar

Previous articleSubhanallah! Ini Keadaan Terkini Pelakon Eja Selepas Lama Menghilang Diri Dal4m Lakonan
Next article“Harini Dal4m Sejarah, Setelah 20 Tahun Penantian,” – Rasa Seb4k Dengan Perkongsian Anak Sulung Didie Alias

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here