Home Petua Tips Baru cecah 21 tahun, pengantin lelaki berIinangann air mata selepas akad nikah…...

Baru cecah 21 tahun, pengantin lelaki berIinangann air mata selepas akad nikah… Apa sebenarnya berIaku? – “Tak sabar nak jadi bapa”

98
0

V1DEO berdurasi pendek di aplikasi TikTok memaparkan seorang pengantin lelaki menangis sambil memelvk ibunya ternyata meruntun hati netizen.

Usai memelvk ibunya, pengantin yang berlinangan air mata itu turut memelvk seorang lagi ibu saudaranya sambil diperhatikan ahli keluarga lain.

Ketika dihubungi mStar, Muhammad Nurhasif Rahmat, 21, sempat memperincikan semula ‘bab4k air mata’ itu yang disifatkan sebagai detik penuh emosi dalam hidupnya.

Jelas jejaka itu, kejadian tersebut sebenarnya dirakam pada April lalu di sebuah masjid di Puchong, Selangor selepas dia dan pasangannya, Nurul Farah Ezurin M Azmi, 21, disatukan sebagai suami isteri.

“Ia dirakam selepas majlis akad nikah saya dan isteri. Saya sebenarnya anak yang manja, lepas tu saya fikir nak kena jaga anak orang, rasa jauh dengan keluarga.

“Saya juga sebak kerana terfikir banyak benda penting yang perlu dibuat selepas kahwin, dah ada tanggungjawab sebagai suami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Bukan saya saja, malah satu keluarga kami menangis. Saya sekadar nak imbas kenangan, sebab tu saya kongsi semula v1deo lama itu ke TikTok,” ujarnya yang mesra disapa Hasif.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, dia dan isteri berkenalan pada awal tahun ini dan mereka menerima ketentuan jodoh dengan hati terbuka.

Jelas Hasif, ada yang turut mempersoalkan usia dia dan isteri kerana dianggap terlalu muda untuk mendirikan rumah tangga.

hasif2

Pasangan ini disatukan pada April lalu.

Namun katanya, dia enggan memikirkan soal itu kerana sudah mendapat restu keluarga dan yakin untuk mengemudi bahtera rumah tangga pada usia muda.

“Kami berkenalan menerusi Instagram. Kami berkawan empat bulan, kemudian ambil keputusan untuk kahwin.

“Saya memang dah bersedia walaupun ada orang kata kami masih muda. Dah sampai jod0h kami.

Saya nak jadikan perkahwinan sebagai titik tolak untuk berubah ke arah lebih baik.

HASIF

“Saya tak terasa kalau orang kata apa-apa. Kalau ada yang bagi komen baik-baik, saya jadikan sebagai pemb4kar semangat. Keluarga pun bagi sokongan,” ujar Hasif yang bekerja sebagai kelindan dan turut membuat bisnes online.

Berkongsi berita gembira dengan mStar, Hasif yang sebelum ini pernah mengikuti pengajian tahfiz selama tiga tahun di Pahang mended4hkan isterinya sedang berbadan dua dan dia ternyata tidak sabar untuk menjadi bapa tidak lama lagi.

“Isteri saya sedang ham1l tiga bulan. Barang bayi pun kami dah beli sikit-sikit. InsyaAllah dah bersedia, saya tak sabar nak jadi bapa.

hasif3

Hasif mendedahkan mereka bakal menimang cahaya mata tak lama lagi.

“Nasihat saya pada yang nak kahwin muda. Kena tengok kemampuan kita. Yang penting, kena ikhlas dan terima seadanya. Nak kahwin kena fikir panjang.

“Macam saya, saya dah puas enjoy. Saya nak jadikan perkahwinan sebagai titik tolak untuk berubah ke arah lebih baik.

“Pada masa sama, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua netizen di TikTok yang beri sokonga, saya terharu baca semua komen,” ujar Hasif yang kini menetap di Puchong Perdana bersama isterinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : MSTAR

Previous articleSebelum Ni Makcik Bawang Kec4m Che Ta Tak Pandai Didik Anak, Sekali Che Ta Muatnaik Video Ni, Terdiam Semua Makcik Bawang
Next articleDikcam Rentas Negeri, Sempat Jumpa Anak & Cucu, Khaty Fauziah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here