Home Petua Tips ‘Saya Anggap Seolah Olah Mereka Ibu Bapa Saya’ Tvlar Pemandu Bas Gend0ng...

‘Saya Anggap Seolah Olah Mereka Ibu Bapa Saya’ Tvlar Pemandu Bas Gend0ng Lelaki Warga Em4s Jadi Perhatian

313
0

“NIAT saya ikhlas kerana Allah, langsung tidak terlintas untuk dipuji,” kata pemandu bas, Mohamad Rafidi Mansor, 34, yang gambarnya sedang mengendong lelaki warga em4s yang kurang keupayaan tvlar di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Kejadian berlaku ketika dia memberhentikan bas yang dipandu dari ibu negara untuk menurunkan penumpang di Simpang, Taiping, sebelum meneruskan perjalanan ke Terminal Bas Ekspres Kamunting.

Mohamad Rafidi berkata, dia mengendong lelaki itu selepas diminta oleh isteri warga em4s terbabit untuk membantu suaminya turun bas sementara menanti ketibaan anak mereka.

Katanya, dia tidak menyangka perbuatannya membantu pasangan warga em4s terbabit menjadi tular memandangkan ini bukan kali pertama berbuat demikian.

“Saya selagi boleh akan membantu sesiapa saja yang memerlukan kerana pegangan saya jelas iaitu jika kita memudahkan urusan orang lain, insya-Allah, Allah mempermudahkan kembali urusan kita.

“Sewaktu membantu pasangan warga emas itu, saya menganggap seolah-olah mereka adalah ibu dan ayah saya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Berkhidmat dengan syarikat bas ekspres selama 10 tahun, Rafidi berkata, dia ikhlas kerana Allah selain berasa sudah

menyempurnakan tuntutan berbuat baik kepada sesama manusia.

“Kadangkala sampah yang boleh dikitar semula seperti tin aluminium yang ditinggalkan penumpang di bas saya akan kutip dan simpan semata-mata untuk memberikannya secara percuma kepada ‘makcik’ atau ‘pakcik’ yang mengutip barangan kitar semula sebagai sumber rezeki mereka.

“Walaupun saya sendiri bukanlah daripada keluarga orang senang, namun insya-Allah perbuatan baik akan dibalas baik,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Previous articleCerita Keret4kan Rumahtangga Emran Dan Bella Sampai Ke Telinga Erra Fazira.Akhirnya Erra Ded4hkan Sesuatu
Next article“Mira Filzah Taklah Terlalu Lawa, Tapi Kenapa Hype Sangat?” Netizen Pertikai, Buat Ramai Hairan,Rupanya Ada Sebab Lelaki Suka Mcm Mira

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here