Home Petua Tips Bawak Bayi Ke Tempat Kerja, Zahirah Macwilson Balas Komen Soal Ibu ‘Tinggalkan’...

Bawak Bayi Ke Tempat Kerja, Zahirah Macwilson Balas Komen Soal Ibu ‘Tinggalkan’ Anak Demi Wang

327
0

Hati ibu mana yang tidak sayu jika terpaksa berpisah dengan anak kecil!

Bukan mudah untuk berjauhan dengan bayi yang baharu berusia 3 bulan ini, apatah lagi yang sedang menyusu badan.

Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang bergelar ibu yang bekerja untuk berasa dilema ketika mahu membuat keputusan untuk berpisah seketika atau menghantar anak kecil ke pusat jagaan.

Namun, jangan biarkan perasaan ‘serba-salah’ mahupun tekanan daripada pihak luar yang mampu menghantui para ibu di tempat kerja yang sanggup berkorban demi membantu keluarga mencari sesuap nasi.

Memuat naik gambar di laman Instagram, pelakon Zahirah Macwilson berkongsi gambar beliau yang sedang memangku bayi kecilnya,  sambil ditata rias oleh jurusolek bagi menghadiri suatu majlis.

Rata-rata warganet memuji tindakan beliau kerana boleh dijadikan contoh ibu yang sentiasa membawa anaknya ke mana sahaja.

Sebaik sahaja menerima pujian tersebut, beliau telah memuat naik satu screenshot respon balas mengenai komen yang diterimanya itu di Story Instagram miliknya.

“Kalau tinggal, tak bermakna kita tak sayang baby…some mums don’t have the choices and terpaksa berkorban demi mencari rezeki”

Zahirah menyifatkan ibu yang terpaksa berkorban untuk berpisah seketika dengan anak-anak mereka itu perlu sentiasa dihargai baktinya kerana jelasnya bukan semua ibu yang bekerja berpeluang untuk membawa anak ke tempat kerja atau ke mana-mana begitu sahaja.

Beliau yang sudah bergelar ibu merasakan dirinya sangat memahami akan situasi dilema yang dialami oleh setiap ibu di luar sana.

Pasangan pelakon Zahirah Macwilson yang dikurniakan putera sulung pertamanya, Isaac Raees setelah berkahwin dengan Aiman Hakim Ridza ini telah pulang ke tanah air setelah lima bulan tinggal di Perth, Australia.

Menurut sumber sebuah laman portal, Zahirah kini merasakan sudah tiba masanya untuk dia dan Aiman kembali bekerja apatah lagi suaminya itu sudah mula merindui untuk beraksi di kaca televisyen setelah sekian lama tidak muncul.

Betul kata Zahirah tu! Ibu yang terpaksa membanting tulang demi membantu menyara keluaraga tu layak digelar ‘supermom‘ tau.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Zahirah Macwilson

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.keramatviral.com/

Previous article“Bulan Puasa Bah Ni..” Tindakan Didi Astillah Menari Depan Rumah Dikatakan Tidak Sopan?
Next article“Apa Salahnya Instafamous Jadi Pelakon, Kena Ikut Apa Penonton Nak”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here