Home Petua Tips Berat badan 20kg, ibu kerdil terp4ksa hadap mulut orang dari mula kahwin...

Berat badan 20kg, ibu kerdil terp4ksa hadap mulut orang dari mula kahwin sampailah nak bers4lin… syukur kelahiran dipermudahkan

105
0

HAMPIR semua wanita akan berasa bimbang apabila memikirkan tentang proses bersalin apatah lagi ketika melahirkan anak pertama.

Sama ada secara pembed4han atau bersalin secara normal, apa yang penting dalam proses kelahiran adalah bayi dan ibu masing-masing sihat dan selamat.

Bagaimanapun bagi wanita ini, dia perlu berdepan kebimbangan yang lebih berbanding ibu-ibu hamil lain gara-gara bertvbuh kerdil.

Menerusi perkongsian Syakila Norazma Amira, 28, yang tular di media sosial baru-baru ini, dia terp4ksa bersalin ‘ikut tingkap’ atau secara pembed4han.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Saya terp4ksa masuk h0spital lebih awal dari tarikh sepatutnya saya bersalin. Doktor cakap baby dalam perut besar. Kalau tunggu lagi lama t4kut ris1ko bahaya kepada baby,” katanya ketika dihubungi mStar.

Mesra disapa Yaya, dia berkata tarikh bersalinnya dijadualkan pada 25 Februari 2022, namun terp4ksa bersalin sebulan lebih awal iaitu pada 25 Januari.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kita faktor saiz badannya yang kecil iaitu ketinggian 118 sentimeter (cm) dengan berat 20 kilogram (kg) serta faktor keselamatan bayi yang pada ketika itu beratnya sudah melebihi 2kg.

“Banyak sebab kenapa saya terpaksa operate untuk bersalin bukannya beranak secara normal. Salah satunya sebab ketinggian saya tak boleh menampung saiz baby.

Yaya telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 25 Januari.

Baby makin besar. Berat baby 2.2kg dah. Kalau nak tunggu due date memang tak boleh. Saya sendiri tak mampu nak beranak normal dengan keadaan fizikal saya macam ni,” ujarnya lagi.

Wanita yang tinggal di Hulu Terengganu, Terengganu ini, berkata dia masih teringat di awal fasa perkahwinannya dahulu ramai yang mempertikaikan sama ada dia boleh hamil atau sebaliknya.

Boleh ke mengandung? Macam manalah dia nak bersalin nanti.

YAYA

Selepas dia disahkan hamil setelah tiga bulan berkahwin, wanita ini menyangka orang sekeliling dan pengikutnya akan ‘tutup mulut’, tetapi sangkaannya tidak betul apabila ‘isu’ bagaimana mahu melalui proses kelahiran pula yang menjadi persoalan.

“Dulu masa saya baru kahwin orang macam tak yakin saya boleh hamil, kemudian dah hamil mereka tanya macam mana nak bersalin pula.

“Bila saya kata saya akan czer, orang persoalkan pula kenapa perlu czer?

“Tapi saya tak kisah. Saya cuma ambil yang positif saja. Saya berterima kasih kepada netizen yang mendoakan keselamatan saya dan baby,” ujarnya yang percaya kepada rezeki dan kehendak-Nya.

Berikutan video yang dikongsikan di TikTok, Yaya amat berterima kasih dengan mesej-mesej positif yang dikirimkan netizen dan mendoakan agar dipermudahkan urusan kelahiran.

Gambar Yaya semasa dia sedang s4rat mengandung.

Sehingga kini perkongsian video Yaya telah meraih lebih 500,000 jumlah tontonan.

Yaya selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Ayden Adrian.

“Lepas saya post video tersebut, ramai yang berkongsi juga pengalaman sama malah ada juga yang lebih tervk sehingga terp4ksa ditidurkan.

“Alhamdulillah Allah telah permudahkan saya beranak. Saya masuk operation theater pvkul1 tengah hari, bersalin pvkul1.47 tengah hari dan boleh keluar pada jam 2 petang,” ujarnya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Previous articleAliff Syukri Pening Rumah Terlalu Besar, Panggil Anak Bini Semua Tak Menyahut
Next articleNorreen Iman Beli Kereta Mewah, Netizen Seb4k – “Dari Zaman Takda Apa Sampailah Berjaya Macam Sekarang”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here