Home Petua Tips Kerana beri makan kek batik pd teman lelaki kena pnjara langgar PKP,Zaid...

Kerana beri makan kek batik pd teman lelaki kena pnjara langgar PKP,Zaid persoalkan

226
0

KUALA LUMPUR – Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan kewajaran di sebalik tindakan mahkamah majistret yang menjatuhkan hukumn penjra ke atas seorang pelajar kerana bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Shah Alam.

Siapa Datuk Zaid Ibrahim?

Datuk Mohd Zaid Ibrahim ialah seorang peguam dan ahli politik berbangsa Malaysia, yang pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia untuk hal-ehwal perundangan dan pembaharuan kehakiman. Beliau pernah menjadi Senator dalam Dewan Negara.

Bekas Menteri Undang-undang itu mendakwa adalah tidak adil untuk menghukum seorang pelajar muda hanya kerana tindakannya membuat kek dan menghantarnya kepada teman lelakinya.

“Bagaimana seorang Majistret menghantar pelajar muda ke pnjara untuk melanggar PKP.?

“Kehidupan dia (pelajar perempuan) itu menjadi gelap hanya kerana perbuatannya memasak kek dan dihantar untuk dimakan rakan lelakinya.

“Apakah ini erti sebenar Ramadan mengajar kita semua?,” katanya melalui akaun Twitter.

Beliau memetik laporan yang menyatakan pelajar tersebut ditahan dalam sekatan jalan raya PKP dan dipnjara 7 hari dan didenda RM800 oleh mahkamah majistret semalam.

Majistret Ellyna Othman memerintahkan pelajat institusi pengajian tinggi swasta berusia 22 tahun itu menjalani hukuman bermula tarikh ditahan iaitu 18 April lalu.

Ellyna turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Terdahulu tertuduh mengaku bersalah bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan jangkitan pada jam 9 malam.

 

 

Polis telah menemui gadis itu bersama rakan lelakinya dalam sebuah kereta di tepi jalan dengan enjin kereta dihidupkan dan alasan yang diberikan gadis itu bahawa dia ingin memberikan rakan lelakinya memakan kek batik yang dibuat sendiri dan ketika itu teman lelaki sedang memakan kek tersebut.

 

Sumber MalaysiaGazette

Previous article‘Bukan Muslim tunjuk sokongan padu terhadap Ebit’, mohon ustaz jangan putus asa
Next articleIbu Disahkan Cov 19 pergi sebelum sempat lihat bayi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here