Home Petua Tips “Mrah sebab misi ambil d4rah mak dia banyak sangat”- Viral Lelaki Berkain...

“Mrah sebab misi ambil d4rah mak dia banyak sangat”- Viral Lelaki Berkain Pelikat Meng4muk Di Klinik Kesihatan

232
0

Beberapa hari yang lepas viral dua rakaman video di media sosial khususnya facebook mengenai seorang lelaki berkain pelikat yang kelihatan mrah-marh di atas sebuah motosikal.

Dalam rakaman video tersebut dia dikatakan menterbalikkan meja dan kerusi sehingga kertas bertaburan di atas lantai dalam kejadian di salah sebuah klinik kesihatan di Kelantan.

DUA rakaman yang dikongsi di laman Facebook sejak Isnin itu telah mengundang persoalan ramai.

Tanpa diketahui hujung pangkal kisah sebenar, kelihatan seorang lelaki berkain pelikat sedang berteriak dalam keadaan marah di atas sebuah motosikal.

lelaki itu menterbalikkan meja kerana rasa tidak puas hati

Dalam rakaman seterusnya, dia bertindak menterbalikkan sebuah meja dan kerusi sehingga helaian kertas kelihatan bertaburan di atas lantai.

Menurut individu yang berkongsi video itu, ia berlaku di sebuah Klinik Kesihatan di Kelantan.

“Punca kejadian tidak diketahui, belum ada maklumat jelas.

“Info yang baru diterima, dengar kata si anak marah kat misi (jururawat) sebab ambil darah mek (ibu) dia banyak sangat sampai biru tangan,” dakwa seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Haniff Ghani.

Berdasarkan pemerhatian, dialek Kelantan yang dituturkan lelaki berkenaan kedengaran sedikit pelik, dipercayai berasal dari selatan Thailand.

Paparan skrin video yang tular di Facebook.

Malah, ia turut diakui beberapa penduduk Kelantan menerusi ruangan komen yang berpendapat lelaki itu merupakan warga Melayu – Thailand yang menetap di negeri itu.

Sejak dimuatnaik, ia mengundang jumlah tontonan tinggi serta dihujani pelbagai komen netizen.

Ada netizen berpendapat lelaki itu berasal dari selatan Thailand.

Selain itu, ada juga yang memberi cadangan kepada lelaki itu supaya tidak datang ke klinik, sebaliknya merawat sendiri ibunya di rumah.

“Dengar bahasa dia bercakap macam orang Siam.

“Anak yang baik, tapi tindakan tu salah. Benda boleh bincang. Tak guna serang jururawat macam tu.

“Kalau aku, memang marh juga kalau drah terlalu banyak sangat ambil.

“Kita runsing takut terombak kain sarung tu. Makin malu,” tulis beberapa netizen.

Selain di Kelantan, video itu turut ditularkan ke laman Facebook komuniti negeri lain seperti Perlis sehingga mengundang pelbagai lagi komen netizen.

Malah, ada juga yang memberi cadangan agar laporan polis dibuat kerana pelaku telah menakut-nakutkan penjawat awam untuk melakukan tugas.

Kata seorang lagi individu, kesan biru akibat pengambilan darah bagi tujuan kesihatan adalah perkara normal.
Malah, ia sepatutnya dibincangkan secara elok tanpa perlu bertindak melampau sebagaimana dipaparkan dalam video tersebut.

Sumber : mstar

Previous article“Siapakah Mereka?”- Najib Dedahkan, D4kwa 3 Admin Fb 101 East Al-J4zeera Dari Mlaysia
Next articleSendiri Buat S4lah,Tak Pakai Helmet Lagi Hent4k Kereta Orang Dengan Kayu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here