Home Petua Tips Berleter sambil perl1 isteri gara-gara kena lipat kain, suami siap kata “seronok...

Berleter sambil perl1 isteri gara-gara kena lipat kain, suami siap kata “seronok jadi bos macam Shuhada”… nikah pun sebab kelakar, terus tak jadi nak marah

58
0

BETUL ke perempuan lebih suka lelaki yang kelakar?

Bagi Nur Shuhada Ismail, 29, yang sudah lima tahun mendirikan rumah tangga, dia cukup bersetuju dengan pandangan itu.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, sikap kelakar suaminya, Mustafa Amini Ismail, 31, menjadi tarikan utama yang membawa kepada penyatuan mereka pada tahun 2016.

“Saya memang suka lelaki yang jenis kelakar. Sekurang-kurangnya setiap hari boleh gelak. Kalau kita sedih, dia akan buat kita ketawa. Jadi, kehidupan pun tak hambar.

shuhada4

“Macam suami saya, dia pasti ada idea setiap masa. Ada ketikanya, kita yang tengah nak marah pun tak jadi marah. Sebelum kahwin saya dah tahu perangainya yang merapu, lepas kahwin pun sama. Dia memang suka buat lawak.

“Dia jenis cakap yang kasar tapi lawak. Dengan kawan-kawan pun macam tu. Sekarang saya tengok anak bongsu kami yang umur tiga tahun mula ikut perangai bapanya. Bapa buat gaya merapu, dia pun ikut,” ujarnya yang menetap di Pulau Pinang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Kehadiran dua cahaya mata menjadi pelengkap rumah tangga Shuhada dan suaminya.

Senang disapa Shuhada, dia juga kerap berkongsi video keletah lucu suaminya menerusi laman sosial seperti Instagram dan TikTok.

Video-video tersebut ternyata meraih perhatian ramai sehingga menerima jutaan tontonan, malah kata Shuhada dia juga tak terlepas menerima kec4man.

“Saya biasanya suka kongsi video dia di Instagram Story. Di TikTok pun ada. Saya terkejut video-video suami raih jutaan tontonan di TikTok.

Saya tak sempat nak lipat baju pada hari tersebut. Jadi, dia pun tolong lipat. Tapi dia berleter, kononnya nak perli saya.

SHUHADA

“Kebanyakannya komen positif. Tapi tetap ada komen negatif. Ada yang kata mereka risau anak-anak ikut perangai suami. Tapi saya tak kisah, orang pun tak tahu kehidupan kami,” ujarnya.

Pada Rabu, Shuhada turut berkongsi video memaparkan suaminya sedang berleter dan memerli dirinya sambil melipat baju di ruang tamu kediaman mereka.

“Seronok sangat (jadi isteri Shuhada). Tapi lagi seronok jadi Shuhada, Shuhada duduk atas sofa, boleh main TikTok, boleh main Instagram, boleh buat story.

shuhada2

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2016.

“Aku sampai tak dan pegang handphone tau tak, Shuhada kan bos, syoknya boleh jadi Shuhada. Jadi bos macam Shuhada kan seronok. Semua benda relax je, anak tak k4cau. Aku buat kerja semua anak k4cau.

“Handphone caj pagi 100 percent sampai ke malam duk 100 tu je. Tak turun-turun bateri, tak dan main fon. Tapi jadi Shuhada seronok. Caj 100 percent, dua jam je dah habis,” ujar suaminya berselor0h dalam dielek utara.

Video yang dikongsi ke aplikasi TikTok itu meraih lebih sejuta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

Sebelum ini, beberapa video memaparkan keletah lucu suaminya turut meraih sehingga 2.5 juta tontonan di aplikasi TikTok.

shuhada3

Shuhada terkejut apabila video suaminya meraih jutaan tontonan di TikTok.

Kata Shuhada, dia tidak berkecil hati dengan leteran suaminya kerana cukup faham dengan sikapnya yang suka bergurau.

“Saya tak sempat nak lipat baju pada hari tersebut. Jadi, dia pun tolong lipat. Tapi dia berleter, kononnya nak perli saya. Tapi saya tak ambil hati, dia kata apa pun, dia masih buat,” ujarnya.

Mengenai dirinya, Shuhada merupakan peniaga tauhu begedil, manakala suaminya merupakan pengusaha kafe siber.

Tambah Shuhada, setiap hari dia akan menjaga anak sulungnya sambil membuat tauhu beged1l, manakala si bongsu akan dibawa ke kafe siber untuk dijaga oleh suaminya.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Previous articleAngkara vIrus, ibu berkali-kali minta maaf! Majlis nak langsung esok, khemah dah pasang tapi anak tak dapat nikah seperti dirancang
Next article“Bersemut Phone Wehh” -Azzam Sham Dan Isteri Belanja Purnama Mengambang Versi Pengantin Baru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here