Home Petua Tips Tiga banduan Sah Positif Covid-19 Bila Ditempatkan Dalam Sel Yg Sama Individu...

Tiga banduan Sah Positif Covid-19 Bila Ditempatkan Dalam Sel Yg Sama Individu Yg Sudah Dijangkiti Dan Meningg4l

200
0

Tiga lagi yang disahkan positif Covid-19 daripada Kluster Penjara Reman semalam adalah banduan yang ditempatkan di dalam sel sama dengan individu yang meninggl dunia akibat jangkitan itu pada 5 Okt lepas, kata Pengarah Pnjara Reman Pulau Pinang Mohamed Jusoh Ismail.

Katanya terdapat 26 bnduan di dalam sel berkenaan yang kemudian diasingkan dan dikuarantin sebaik sahaja kes Covid-19 itu disahkan.

“Setakat semalam, 18 orang (termasuk si m4ti) disahkan positif Covid-19 manakala lapan lagi yang tinggal di dalam sel sama tidak menunjukkan gejala penyakit itu.

“Mereka masih dikuarantin dan diasingkan daripada banduan lain,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya beliau dimaklumkan kesemua 17 banduan itu yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang, berada dalam keadaan stabil.
Beliau juga berkata proses ujian saringan Covid-19 terhadap staf dan banduan di pnjara itu yang dijalankan sejak 5 Okt lepas dijangka selesai hari ini.

“Saya sedikit lega kerana tiada petugas yang positif Covid-19 dan saya juga harap tiada penularan di sel-sel lain,” katanya.
Beliau juga berkata keadaan di dalam penjara ketika ini baik dan terkawal.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat tiga lagi kes Covid-19 baru direkodkan membabitkan kluster Penjara Reman, menjadikan keseluruhan sebanyak 18 kes termasuk bnduan yang meniggal dunia 5 Okt lepas.

Sumber : mykini

 

Previous articlePemandu MyVi ‘Semalam’ sebabkan kem4langan m4ut p0sitif d4dah
Next article‘Sokong Atau Tolak Anwr Perdana Menteri Baru’ Ku Li Dijangka Hadap Agong 2 Petang Bagi Keputusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here