Home Petua Tips “Bila Orang Melaka Sembang, Mcm ni Lah”- Lakonan Didie Alias Dan Amyza...

“Bila Orang Melaka Sembang, Mcm ni Lah”- Lakonan Didie Alias Dan Amyza Aznan Dlm Sitkom ‘Sembang Jarak Jauh’ Buat Ramai Terhibur – Video VIral Berita

93
0

Didie Alias dan Amyza Aznan bukanlah nama baru dalam industri hiburan tanah air. Bukan hanya boleh melakonkan watak-watak dalam drama lawak, malah berilah apa juga karakter kepada kedua-dua mereka ini pasti dapat dilakonkan dengan baik sekali.

Sembang Jarak Jauh sebuah kisah tentang gelagat masyarakat yang tinggal di sebuah rumah flat. Tipah dan Ziah suka bersembang dari jarak jauh dengan suara yang kuat. Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati jiran yang tinggal di situ kerana mengganggu ketenteraman mereka. Antara barisan pelakon drama Sembang Jarak Jauh adalah akonan Didie Alias, Nafiz Muaz dan Didi Astilah.

Baru baru ini klip pendek dari drama ini telah mendapat sambutan ramai warga maya yang meminati drama melayu di Tiktok. Dalam klip video pendek yang berdurasi 1 minit dan 34 saat itu Didi Astilah yang melakonkan watak sebagai anak kepada Didie Alias telah menegur ibunya kerana suka bercakap dengan suara lantang ketika bersembang dengan jirannya iaitu watak yang dilakonkan oleh Amyza Aznan. Tetapi yang menghiburkan adalah apabila watak ibunya tadi tidak mahu mengaku yang suaranya kuat dan mengatakan ia adalah suara yang normal baginya.

Babak lakonan kedua-dua mereka ini telah membuatkan ramai terhibur melihatkan gelagat Didie Alias dan Amyza Aznan yang selamba beraksi. Drama sitkom terbaru Sembang Jarak Jauh yang mula bersiaran pada hari Raya Kelima, 6 Mei 2022, setiap hari Jumaat hingga Ahad pada jam 6.00 petang menerusi slot Bidadari di RTM TV1 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Drama komedi ini merupakan terbitan Cobra Force Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah Ismail Bob Hasim dengan penghasilan skrip daripada Tintan Jingga dan Ainaa Hanez.

Lihat video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)


Lihat pula komen netizen:

Cik Eisya: 1 flat boleh dgr tu

ZielaRosli: Org nogori pun kalau borak macam ni jugak

Kak Yong: Hahhaha tu belum kalau dalam ghumah. Org luar yg baru masuk famili kompom ingt bergaduh.. Org Melaka hadir

AnepMet_: Betul. Kalau nk tahu dia Melake, dlm borak. Depan pintu borak. Depan laman borak. Eh tepi kereta pun borak

AnepMet_ : Plinggg seloooooww. Nak selooowww mana lagiii

hayati1095: padahal boleh je kona ke sane kalo nak bercakap

AnepMet_: Haa tulerrrr. Tak tahu ler nak cakap cmne. Kuat nau bercakapnye

Misa89: Biau ler… Asalkan bahagia.. Aukkk betul…slow nau sampai xdengau..  Melake hadir…

AnepMet_: Beraukk sampai batu berendam dengau nye lah. Nasib baik dak sapik dia tak sebut. Alamak aiii tuan

CEO OF SENDAWA: Ulang2 ah bergauk dia hahahaha melaka nau nau

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Ariana

Sumber: Tiktok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : www.vv.cappucinnolatte.com

Previous article“Apa Yang Nurul Ain Buat, Jangan Ikut” – Wafariena Beri Peringatan Sikapnya Dlm ‘7HMK’ Bukanlah Realiti Sebenar – Video VIral Berita
Next articleJaga mak mentua sampai akhir h4yat, jururawat tak sangka ipar duai buat kejutan sehari selepas arw4h men1ngg4l… tengah kerja disuruh balik awal!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here